We need a place, we need some space

Suka tak?

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all... :>

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Makin Hari Makin Sayang

Smile....... erm...sampai ke telinga senyum nyer...camtulah baru berseri...tambah berseri lagi kalau selalu duk singgah2 kat halaman saye ni...jemputlah ye jenguk2 perkabaran saye tp xde la smpi hidang kuih jemput2...



Monday 28 February 2011

Aduhai...silap pulak

Assalamualaikum wbt...dan salam sejahtera... ;>

Hari ni terpanggil plak nak share satu kisah lucu yang dikongsi dari seorang teman. Bila terpandang teksi sahaja aku akan tergelak kecil. Malah ketika sedang menaiki mana2 public transport pun aku akan tersenyum sendiri. Mungkin kisah ini tidak berapa lucu bagi sesetengah orang.

Kisahnya, aku mempunyai seorang teman yang membawa teksi secara sambilan. Selepas habis waktu kerja dia akan menyambung tugas mencari rezeki dengan mengambil penumpang menggunakan teksi yang di sewanya. Sudah menjadi kebiasaan baginya datang dan pergi bekerja dengan memandu teksi supaya boleh mengambil penumpang di dalam perjalanan. Boleh lah dikatakan dia dan teksi tidak boleh dipisahkan.

Suatu hari, tugas di pejabat memerlukan dia berjumpa pelanggan syarikat. Maka dengan itu dia meninggalkan teksinya di rumah dan membawa kereta lain sebagai menjaga pandangan pihak luar memandangkan dia mewakili syarikat untuk berurusan dengan pelanggan tersebut.

Nak jadi cerita, waktu kerja sudah tamat dan dia pulang seperti biasa. Sampai di satu kawasan yang agak sibuk berdekatan dengan sebuah hentian bas seorang perempuan telah mengangkat tangan. Sebaik melihat reaksi perempuan itu temanku ini lantas menghalakan keretanya ke arah itu. Segera dia bertanya nak ke mana tetapi perempuan itu terpinga-pinga lalu menggelengkan kepala.

Melihatkan reaksi perempuan itu, temanku segera meninggalkan kawasan itu sambil melihat ke cermin pandang belakang. Dari cermin kelihatan perempuan tadi menaiki sebuah teksi yang berada di belakang keretanya sebelum itu. Setelah beberapa ketika berfikir kejadian tadi barulah teman ku menyedari yang dia tidak membawa teksi pada masa itu. ;> ..... kih3x....

Sunday 27 February 2011

Saat Cinta Bersemi_oleh Damya Hanna

Suratan atau kebetulan...hubungan kekeluargaan walau jauh dimata tetap dihati. Walau terpisah jauh kerana takdir atau pilihan sendiri, darah yang mengalir tidak akan berubah menjadi milik insan lain. Hanya Allah yang mengetahui disebalik susun atur kehidupan. Kita hanya merancang dan Allah jua yang berhak untuk mengizinkannya berlaku seperti yang kita kehendaki atau sebaliknya. Walau apa yang berlaku, semuanya adalah di atas kehendak dan kekuasaan-Nya jua.

Dekat atau jauh sebuah hubungan, rapat atau renggang adakalanya datang dari naluri kemanusiaan, naluri persaudaraan, naluri kekeluargaan. Setiap langkah yang diambil pasti ada baik dan buruknya.

Komen saya setelah membaca karya Damya Hanna ini. Semoga ada manfaatnya bila ilmu itu dikongsi.

Saturday 26 February 2011

Bakau bertunas-at my workplace

Assalamualaikum....dan salam sejahtera ;>

Pernah dengar tentang pokok bakau atau mgkn sesetengah tempat menggelarnya pokok api-api. Pernah melihatnya dari dekat??? Atau pernahkah anda menanamnya di rumah atau tempat kerja anda seperti anda menanam pohon-pohon hiasan yang lain???


(Ini gambar yang kuambil hari ini, 26.02.11)

Inilah benih bakau yang kuambil bawa pulang sewaktu mengikuti 'Team Building' di Sepang anjuran dept opis ku...yang tinggi menjulang itu. Kami pergi pada September 2010. Aku sengaja meletakkannya di dalam pasu di tepi monitor sekadar hiasan dan untuk berkongsi dengan teman2 seopis yang tidak berkesempatan mengenali benih bakau. Tidak pernah terfikir oleh ku apatah lagi teman2 yang benih ini akan mulai tumbuh segar dan mengeluarkan pucuk.

Tiada baja yang kutaburkan sekadar siraman air yang lebih kerap kerana 'money plant' yang kutanam sebelum kehadiran benih bakau ini juga memerlukan air yang banyak. Namun nampaknya mereka serasi tumbuh di dalam pasu yang sama.

Adakah benih bakau ini akan semakin membesar? Tidak dapat kujangkakan. Aku belum mempunyai perancangan untuk benih bakau ini. Apa kata anda???


(ini juga gambar yang baru kuambil pada hari ini, 26.02.11)
(ini adalah pucuk yang tumbuh beberapa bulan lepas)

Diakah:Si Dia

Damai angin bukit menyinggah ke pipi terasa nyaman. Mata hampir-hampir ingin dipejam semula. Kibaran langsir labuh yang dihias sama tinggi dari siling ke lantai diperhati. Ca dibayangkan keadaan arah angin yang datang dari bukit kecil di belakang rumahnya. Tingkap biliknya yang menghala ke arah bukit memberikan pemandangan yang mendamaikan penglihatan. Lantas dia mengucap syukur, berterima kasih kepada Yang Esa kerana masih memiliki nikmat deria yang halus. Semua nikmat deria masih setia memberikan khidmatnya. Sang pemilik merasa syukur masih berupaya untuk menikmati segala keindahan pahit manis kehidupan. Dengan ni
kmat nyawa yang dimiliki akan dipastikan ia tidak akan disia-siakan.


Dari jauh kelihatan warna langit yang tadi sedikit merah keorenan mulai membiru dilitupi awan yang memutih. Kabut putih yang mengelilingi bukit kecil itu juga semakin menipis.Usai solat Subuh tadi dia hanya bermalas-malasan di atas katil yang masih setia kukuh menampung tubuhnya sejak dibeli 3 tahun lalu. Katil itu tidaklah mewah tetapi cukup selesa untuk dia melepaskan rasa penat dan lelahnya setiap kali pulang dari mencari rezeki. Kayu jati yang dipilih kerana diyakini ketahanan buatannya diliputi warna yang agak lembut bagi seseorang sepertinya. Simboliknya ada nada lembut di dalam ketegasan dan itulah yang ingin dilahirkan dari gaya pemilihannya itu. Alas tebal yang menyelimuti tilam lembut setebal 7 inci itu turut memberi rasa keselesaan yang menyenangkan. Alas-alas yang digunakan akan digantikan sekerap seminggu sekali. Kerana itu dia mempunyai alas-alas gantian yang pelbagai corak dan warna supaya suasana biliknya sentiasa memberi aura perasaan yang berbeza.


Leka memerhatikan suasana sekeliling, baru dia menyedari perutnya yang lapar sedari malam tadi tidak diisi apa-apa. Alangkah kesal hatinya kerana tidak menjaga organ tubuhnya yang satu ini sebaiknya. Lantas segera dia bangun mencapai tuala berwarna hijau krim yang tersangkut  di dinding sebelah pintu ke bilik air. Niatnya ingin mendapatkan sarapan selepas membersihkan diri nanti.

Friday 25 February 2011

Beku la bkn berbeku..ape ape je lah

Salam sejahtera teman2....

Xde nak citer pe sangat sebab bhgn luar otak dh beku. Menghalang sampainya ilham2 utk dikisar diolah digeduk dan segala di...sungguh 2 hari ini, fikiran dah tepu tahap ais. Tak mampu rasanya utk meluahkan apa2 selain.....aaarghhhhh!!!!...

Minta diri dulu ye, tapi akan dijenguk semula....(xmungkin blog ini akan dibekukan)...hehehehe....

K semua...take care.

Wednesday 23 February 2011

Hari bertuah

Assalamualaikum semua...salam sejahtera.. ;>

Pejam celik pejam celik dah tengah minggu. Tinggal bbrp hari shj lagi dh cuti-cuti hujung minggu. Pantas sungguh masa berlalu. Makin hari makin padu onak duri yang harus ditempuhi. Hingga ada yang menarik nafas panjang lantas melepaskan satu keluhan. Malah ada yang terlintas di fikiran, bilakah hari bertuah akan menjelma.

Lain pula bagi mereka yang hari-hari mereka dirasakan saat yang indah. Mustahil mereka tiada masalah, cuma mungkin cara mereka menghadapi masalah tersebut dengan cara yang lebih positif. Maka jadilah hari-hari mereka ibarat hari yang ceria, bahagia dan bertuah.

Bukan mudah untuk mempraktikkannya, tapi ia juga bukan sesuatu yang mustahil. Mulakan dengan langkah pertama, andai kita mahu lihat hasilnya.

Ayuh, bersama-sama melalui hari2 dengan cara yang indah dan berhemah, nikmat kurniaan Allah SWT, untuk saya dan kalian semua. Semoga manfaatnya dirasai bersama.

Sunday 20 February 2011

Hujung minggu

Assalamualaikum wbt n salam sejahtera semua...

Hari ni adalah hari cuti bagi kebanyakan negeri di Malaysia. Apakah maknanya hujung minggu bagi anda, bagi saya, bagi kita semua....

Ada yang bersantai-santai, ada yang keluar bersama teman rakan taulan, keluarga sanak saudara, teman istimewa...hari utk pulang menziarahi ayahbonda di kampung halaman...saat untuk berhempas pulas menceriakan keadaan rumah yang mcm tongkah pecah selama 6 hari sebelum...waktu utk beriadah jauh dari orang ramai..malah pelbagai aktiviti yang pasif dan aktif....

Apa pun yang kita lakukan...manfaatkan waktu sebaiknya. Manfaatkan peluang dan masa utk bersendirian atau berteman di hujung minggu yang indah.

Selamat berhujung minggu...

Saturday 19 February 2011

Layang-layang bertali kaca-oleh Norhayati Berahim

Mengisahkan tentang kehidupan seorang yang bernama Manja, anak kerabat yang bergelar Tengku. Walaupun lahir di kalangan keluarga berstatus namun kehidupannya amat sederhana disebabkan kawalan ketat ayahanda yang menjaganya tanpa sokongan seorang yang bergelar isteri.

Namun, kehidupannya lebih ceria apabila dia mula berhijrah, menetap jauh dari ayahanda yang baru disedari kasih sayangnya pabila berjauhan. Manja amat bertuah kerana dikelilingi teman2 yang sangat perihatin dan insan2 yang amat mengasihi beliau.

Moral dari kisah novel ini menunjukkan betapa pentingnya kita perlu berhijrah untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan. Hijrah lokasi, hijrah minda dan beberapa penghijrahan pasti akan membuahkan hasil yang positif. Ambil sahaja kisah penghijrahan Nabi kita dari Makkah ke Madinah. Penghijrahan itu adalah penghijrahan yang memberi perubahan yang amat besar ertinya dalam sejarah awal perkembangan Islam.

Selain hijrah, ada beberapa nilai lagi yang boleh diambil dari kisah yang amat menyentuh hati ini. Setiap yang berlaku adalah perancangan Allah. Dan susunan rancangan-Nya amat teratur.

Selamat membaca.... ;>

Friday 18 February 2011

Makna hidup kita

Assalamualaikum wbt n salam sejahtera

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...sebagai pembuka bicara.

Speechless...hehehe...sbnrnya dalam kepala dalam hati mmg banyak mende bertakung tinggal nak diluahkan shj...nk luahkan secara lisan x berapa mahir. Ni la yang duk tulis ni. So, kita kunci mulut kita ye...

Setiap hari bila melalui rutin yang sama mmg membosankan. Disitulah letak fungsi cabaran dan dugaan supaya hidup kita lebih bermakna...ermmm...cabaran dan dugaan buat hidup lebih bermakna? camne tuh?

Kalau difikir-fikirkan, graf hidup anda 'flat' jer...di mana indahnya kehidupan anda. Tntu x seronok tngk graf yang mendatar kan...tapi kita akan rs excited bila tngk graf yang turun naik...rasa hidup kita ada makna.

Masih xfaham lagi??? apa kata pergi je kat hospital- wad ICU...tngk gerakan graf pd 'mesin nyawa' tu...kalau graf mendatar apa mksdnya n kalau ada gerakan turun naik apa maksudnya...tidakkah itu memberi satu makna kepada anda...

Sambal gesek ayahanda

Huh..dengar je nama sambal ni macam pelik lak ye...nk gesek macam mana...ada macam biola ker??? hahaha....aduila pedih la mata kalau sambal digesek macam biola. Harus terpercik sambal ke mata...kih kih kih...

Ni la resepi yang ayahandaku suka ngat buat. Dapat pulak ada ulam-ulaman. Sempoi je, sape2 lalu kat blkg ms tangah makan pun buat x nampak je...(memang xnampak pun daaaaa...).

Mai siapkan bahan-bahannya:
1.Ikan bilis 3 genggam
2.Cili api 15bj
3.Limau kasturi 3-4 bj atau
3a. Kundang 3-4 bj
4.Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
1.Bersihkan semua bahan2 di atas kecuali garam (cmne nk bersihkn garam eh? Homework utk anda fikirkan).
2.Ikan bilis dibersihkan, dibelah kepada 2 atau 4 bahagian kemudian direndam dalam bekas berisi air sehingga lembut.
3.Tumbuk cili dalam lesung letakkan garam secukup rasa, ditumbuk hingga lumat.
4. Setelah ikan bilis lembut, masukkan ke dalam lesung utk ditumbuk bersama-sama cili yang telah lumat tadi. Ikan bilis ditumbuk separuh lumat.
5.Keluarkan bahan2 yang sudah ditumbuk ke dalam mangkuk.
6.Perahkan air limau kasturi keatas ikan bilis tumbuk tadi.
7.Sekiranya menggunakan kundang, belah kundang nipis2 dan dicampurkan ke atas ikan bilis tumbuk tadi.
8.Gaulkan segala campuran bahan2 dalam mangkuk tadi.
9.Kalau rasa nak letak gula skit leh juga....

Sekarang dah siap...sambal gesek resepi ayahandaku.

;>  selamat mencuba ye...sodap dimakan dengan Ikan goreng + Lemak Taugeh+ulam celur pucuk ubi.

DG award HEC-CCM

<




Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Weee....banyak dah perubahan dan banyak kemajuan. Sejak ada macam2 award ni lagi lah bersemangat. Kije bertambah tapi sekurang2nya kita tahu kita dihargai.


Memang kita bekerja untuk mencari rezeki bersuap2 nasi. Dan keikhlasan dalam menyiapkan tugasan itu penting supaya amanah yang diberi dapat dilaksanakan dengan senang hati dan lancar. Namun fitrah manusia kita memerlukan sesuatu untuk memotivasikan diri kita. Sama ada motivasi yang dibina dari dalam diri sendiri ataupun motivasi dari persekitaran. Apapun jangan cepat mengalah. All the best!!!

Wednesday 16 February 2011

Sambal bilis goreng ala2 n9

Assalamualaikum wbt...salam sejahtera

Atas permintaan peminat eh chewah...maka kali ini saya akan memberikan resepi sambal...ala kacang sonang yo...alamak, belum apa2 saya yang dah kecur liur. tapi sebenarnya lauk sambal bilis ni mmg pembuka selera. x payah ade lauk lain ayam, itik, daging..bla ..bla..bla.. sambal bilis je dah buat saya makan bertambah. tu pasal la saya malas nak buat, nanti asyik makan je...hahaha...anyway, sambal bilis ni selain dengan nasi boleh juga dimakan dengan roti kosong..x caya, meh cuba.

Hah...sape yang mnta resepi ni pi cari bahan2nya yang spt berikut:

Bahan-bahannya:
1.Ikan bilis baik punya 500g , sikit ke? sbnrnya saya masak main lebur je. dpn mata barang2nya pndai la sy sukat.
2.Cili api ikut la tahap kepedasan yang diinginkan, letak la dlm segenggam
3.Bawang merah dan bawang putih masing2 2 ulas
4.Garam secukup rasa
5.Minyak masak 1 1/2 senduk

Cara-cara membuatnya:
1.Bersihkan ikan bilis. Kalau guna ikan bilis besar belah la jadi 4 atau 2 bahagian. Kemudian rendamkan dalam mangkuk berisi air.
2.Kupas bawang putih dan bawang merah, bersihkan.
3.Begitu juga dengan cili api segenggam tadi dibersihkan.
4.Masukkan bawang merah dan bawang putih ke dalam lesung,lalu ditumbuk x berapa lumat. keluarkan dan letakkan dalam bekas untuk ditumis nanti.
5.Kemudian masukkan pula cili td ke dalam lesung dan tambahkan garam lalu ditumbuk sehingga lumat.
6.Tanpa mengeluarkan cili dari lesung, masukkan ikan bilis yang telah lembut sedikit demi sedikit, ditumbuk bersama cili tadi ( xperlu lumat sangat).
7.Panaskan kuali. Setelah panas, tuangkan minyak ke dalam kuali.
8.Tumiskan bawang2 yang telah ditumbuk tadi.
9.Setelah naik bau, masukan cili dan ikan bilis yang telah ditumbuk tadi. Gunakan api sederhana utk mngelakkan ikan bilis hangus.
10.Setelah garing ikan bilis maknanya sambal bilis anda sudah siap di masak. Sesegera mungkin alihkan masakan tersebut kedalam bekas. jika dibiarkan nanti harus jadi hangus walaupun api sudah dipadamkan.

Sekian dah siap utk dimakan, kecur-kecur ah...sedapnya sambal bilis cicah ngan cekodok.

Jaja sana jaja sini

Assalamualaikum wbt...

Ari ni xtau la nk citer pasal pe...oh ye. Aku teringat satu kisah dari sorg teman. Dia menceritakan tntg sorang kakak yang dikenalinya nampak je baik peramah tapi di belakang suka menyampai-nyampaikan citer tntg orang yg diajaknya berbual.

Sbnrnya teman ni dulu agak rapat dngn kakak tu. Sejak mengetahui tabiat kakak tu, teman ni mula menjauh. Ini kerana rupanya kisahnya sendiri yang dijaja oleh kakak itu kpd org lain. Astaghfirullah...

Apakah kebaikannya apabila hal orang dijaja malah ditokok tambah pula. Mencari teman bukannya mudah. Bila berteman haruslah dijaga hubungan tersebut. Hubungan yang telus ikhlas dan tidak berpura-pura.

Tuesday 15 February 2011

Gulai Lemak Cili Api-Ikan Sembilang Salai

Assalamualaikum tuan2 dan puan2, ladies and gentleman, tukang batu and tukang simen...hahaha. Kali ini saya dengan murah hatinya akan menyumbangkan resepi Gulai Lemak Cili Api-Ikan Sembilang....pergh dengar je pun dah kecur liur ye...Bak kata Maisyurah(anak saudara sy) erm..delicious...(versi backpack Dora)jadi tanpa berlengah lagi mari kita tengok apa bahan2 dan bagaimana untuk menyediakannya.

Bahan-bahannya:
1.Ikan sembilang-saiz sederhana 0.5kg
2.Santan kelapa 1 biji
3.Cili api 15 biji (ikut la hang nak pedas ke xnak pedas ke, tapi kalau cukup2 pedasnye baru pure...)
4a.Belimbing buluh 15-20 biji (anda juga boleh menggunakan bahan2 yang masam seperti daun gelugur 5 helai)
*sekiranya anda gunakan bahan yang masam ini, anda xperlu lagi mencampurkan asam keping.
4b.Terung belanda(terung pipit) dan asam keping 1keping
5.Kunyit hidup 1 inci
6.Kunyit serbuk untuk melumur ikan sembilang
7.Limau kasturi 3-4 biji untuk mencuci ikan sembilang
8.Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
1.Ikan sembilang hendaklah disiang/dibersihkan/dikelar nipis2 sepanjang badannya. Cucilah dengan limau kasturi utk membuang bau hanyir.
2.Setelah bersih ikan sembilang tersebut dilumur dengan kunyit serbuk lalu disalai sehingga kering (awas jangan sampai hangus). Warnanya akan jadi kekuningan dan berbau harum.
3.Sementara menyalai ikan sembilang anda bolehlah menyediakan bahan2 lain. Bersihkan bahan 4a atau 4b (mengikut pilihan anda) jangan dicampurkan sekali sudaaaa
jika 4a.Anda belahkan belimbing buluh kepada 2 bagi setiap satu. Jika daun gelugur, helai daun disusun bertidih dan digulung lalu diracik nipis2.
jika 4b.Anda bersihkan terung belanda itu dan tumbuk separuh pecah didalam lesung dan rendamkan didalam bekas berisi air.
4.Tumbuk kunyit hidup sehingga lumat di dalam lesung, kemudian masukkan cili api untuk ditumbuk bersama-sama sehingga lumat. Tambah 1 1/2 sudu besar garam sebelum mula menumbuk.
5.Apabila ikan siap disalai, bahan kunyit dan cili api sudah lumat, bahan 4a atau 4b sudah dibersihkan, apalagi...ambil periuk yang sesuai letakkan di atas dapur api sederhana.
6.Masukkan santan ke dalam periuk dan juga kunyit dan cili api yang sudah ditumbuk. Jika anda menggunakan bahan 4b, sila masukkan asam keping bersama santan, kunyit dan cili api. Jika anda menggunakan bahan 4a, sila masukkan suku bahagian belimbing buluh/ daun gelugur. Ini bagi mengelakkan santan berketul2.
7.Masakkan kuah santan sehingga ia menggelegak, rasa garamnya. (kurangkan lemak dan garam dalam masakan ye pembaca semua, untuk kesihatan).
8.Apabila dah cukup rasa dan santan menggelegak, masukkan ikan sembilang salai satu persatu. Selepas 30 saat masukkan keseluruhan bahan 4a atau 4b tadi. Tunggu sehingga belimbing buluh atau terung belanda tadi empuk dan segera padamkan api. Jika campuran adalah daun gelugur, sila padam api serta merta selepas memasukkannya ke dalam periuk.

Siap sudaaa resepi asli dari nogoghi sombilan...selamat mencuba. tata titi tutu...

Bumi Cinta_oleh Habiburrahman El Shirazy

Perkara pertamaku sewaktu memiliki novel ini, aku tertanya-tanya adakah wataknya berjaya memikul dan mengharungi cabaran hidup di negara asing, Rusia yang mana dugaan hiasan dunia iaitu perempuan dikatakan sangat hebat. Setelah membaca dan menghayatinya, ternyata watak Muhammad Ayyas ini seorang yang amat tabah, selalu berserah kepada Yang Maha Esa, Allah Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Subhanallah.

Diakah:Awa

Bang!Dum! Bergegar pintu bilik berlaga dengan dinding. Mama masih memegang tombol sambil mengejutkn Awa dngn suara lantangnya. "Hoooi..anak dara nih. Bangun lah dah kul berape nih?"

"Nape Ma?" Awa masih rasa culas untuk membuka matanya. Hanya suaranya yang kedengaran membalas sapaan Mama yang dirasanya macam dinosour.

"Hari ni kan cuti, lagipun awal lagi ni?" sambung Awa yang masih terkebil- di atas katil bujangnya yang dibalut dengan cadar bunga ros merah besar bertanah coklat krim.

"Memang la cuti. Tapi Mama nak Awa temankan Mama", Mama mula berdiplomasi.

"Mama nak ke mana?", Awa mula bangun lalu duduk disisi katil bersebelahan Mamanya. Sambil membetulkan rambut yang lurus tapi kusut bak jerami bersimpul. 'herm, ni kalau dia nampak aku bangun dengan rambut macam ni mesti dia sangka aku pontianak dan terus bertempiaran lari'...Awa ketawa kecil sendiri.

"Hah! Dah apa pulak ni ketawa sorang-sorang? Dah tebiat apa?", Mama menyergah Awa lalu terbantut keasyikannya melayari angan dilihat putera idaman hati. "Sape si dia tu?", tambah Mama ingin tahu.

"Ala Mama nih, takde sape la Ma. Hah Mama kata nak ajak Awa gi mana tadi?", lekas-lekas menukar topik agar Mama tidak dapat mengesan rahsia hatinya yang ibarat taman penuh bunga berkembang. Andai diketahui Mama pasti panjang kisahnya. Namun Awa tahu, Mama bukanlah kolot untuk menerima apabila mengetahui dirinya yang menyimpan perasaan pada seseorang.

"Itulah Mama nak bagitau nih...., tapi..." "Assalamualaikum...tuan rumah ooooh tuan rumah", belum sempat Mama memberitahu kedengaran suara orang memberi salam di luar. Lantas Mama segera bangun keluar untuk memastikan adakah suara itu milik orang yang ditunggu-tunggunya. Tinggallah Awa dibiliknya menyambung angan yang tak sudah.

Ikhlaskah hati apabila memberi dan menerima

Sedang asyik membuat tugasan di pejabat tiba2 terlintas di benak fikiran, 'apa yang akan ku beli sebagai hadiah semasa family day raya nanti ye?'. masih tiada idea yang sesuai jadi kuungkai semula kenangan-kenangan zaman study dulu. kami selalu adakan jamuan yang disertai dengan aktiviti bertukar hadiah. Ingatan2 itu membuatkan bibirku menguntum senyum. bukan kerana hadiah yang kuterima tetapi hadiah yang kuberi, setiap penerima melahirkan rasa keriangan mereka. Alhamdulillah.

Terkenang dikala aku menyiapkan bungkusan hadiahku sempena jamuan akhir tahun asrama kami, setiap ahli rumahku bertanyakan apakah hadiah yang aku sediakan. Aku dengan selamba menjawab, 'spentot kaca'. Hahaha...erm, setiap hadiah adalah rahsia hanya bakal diketahui apabila sampai waktunya. Memandangkan aku membalut hadiah secara terang-terangan, namun mereka tidak sempat melihat isi hadiah tersebut menyebabkan masing2 menunjukkan rasa ingin tahu tambahan pula balutan hadiahku lain dari yang lain. Aku seronok melihat teman2 tertanya2. Namun dalam hati terfikir juga adakah hadiahku akan diterima. Seikhlas hati aku menyediakan hadiah tersebut dengan harapan ia dapat memberi manfaat kepada penerimanya.

Tiba saat2 yang ditunggu kami meraikan jamuan akhir tahun secara kecil-kecilan tetapi meriah. Kami menyediakan makanan bersama-sama dan setiap bilik diwajibkan membuat persembahan. Apabila tiba acara bertukar hadiah, aku menyerahkan hadiahku dengan rasa berdebar-debar. Dan apabila hadiahku dibuka, terlahir senyuman kesukaan diwajah penerima. Hadiah yang tidak disangka-sangka dan berlainan dari yang kebiasaan. Alhamdulillah, hatiku senang melihat reaksi itu. Lantas aku pun tersenyum. Kami bergambar bersama sebagai kenangan.

Teringat pula sewaktu di asrama semasa di universiti satu masa dahulu. Juga jamuan akhir semesta. Disebabkan tidak berkesempatan untuk menyediakan hadiah lebih awal aku telah mengambil keputusan utk membeli sesuatu yang mudah dicari dan selalu digunakan. Disebabkan saat akhir juga, aku terlupa untuk membeli pembalut hadiah untuk membungkus hadiah tersebut. Dengan masa yang kesuntukan aku meminta bantuan teman kepada roomateku utk bersama-sama membalut hadiah tersebut. Kami hanya menggunakan baki pembalut yang diberikan roomateku namun masih tidak mencukupi. Lantas aku mengambil surat khabar dan terus membalut penuh hadiah yang telah ku beli tadi.


Sekali pandang pasti akan terlintas difikiran betapa isi bungkusan tersebut pasti bukan sesuatu yang menarik. Benar dugaanku disaat kami mengumpulkan hadiah masing2 di pantry, ku terdengar seseorang berkata, ' ish buruknya hadiah ni, mesti tak best hadiah ni'. Aku cuma tersenyum kerana aku yakin penerimanya pasti akan gembira setelah mengetahui isi kandungannya nanti. Namun, aku lihat semasa cabutan nama, dari riak wajah masing-masing memandang ke arah hadiahku seolah-olah berdoa tidak akan mendapat hadiah yang buruk bungkusannya itu. Sekali lagi aku hanya tersenyum. Tatkala cabutan dibuat dan hadiah yang kusediakan terpilih, penerimanya memandang dengan wajah agak kecewa dan masing2 yang lain mengeluh lega sambil berdebar2 ternanti2 apakah isi hadiah tersebut. Dengan berat hati penerima hadiahku membuka balutan surat khabar dan pembalut hadiah dan sebaik terlihat isinya, wajah yg gusar bertukar senyum. Lantas dia berkata, 'cantiknya, aku suka tudung ni. kebetulan warna yang memang aku cari'. Alhamdulillah, sekali lagi aku tersenyum lega. Melihat teman2 lain yang seolah menyesal tetapi turut memuji tudung yang kubeli sebagai hadiah.

Buat Nora, temanku, masihkan kau ingat suatu hari aku datang ke bilik mu membawa satu bungkusan hadiah. Sebelum itu aku di bilik asramaku melayan rasa bosan dengan melukis gambar watak Jessica yang popular dalam kisah "blues selamanya'. Seperti biasa, setiap kali selepas melukis aku akan fikirkan pada siapa lukisan itu bakal kuhadiahkan. Dan aku teringatkan dirimu temanku. Setelah siap lukisan itu, kufikirkan seperti kekurangan sesuatu. Lantas kuambil sekotak tisu yang belum dibuka lantas kubungkuskan bersama2 dengan lukisan tadi.

Sebaik selesai aku bersiap utk kebilikmu utk berziarah. Sesungguhnya aku tidak berniat utk mjadikanmu bahan tawa roomatemu. Aku cuma ingin menyampaikan lukisan hasil tanganku sebagai penghargaan buat dirimu sebagai temanku. Dan aku percaya kau memahami niat baikku.

Buat temanku Mai, masih ingatkah semasa hari ulangtahun mu, simanis 17 waktu itu. Aku terfikirkan utk menghadiahkan mu beberapa keping coklat. Semasa kusediakan coklat2 itu ku terfikir utk menjadikannya satu kenangan yang manis buatmu dan aku terfikirkan treasure hunt. Kerana itu setiap keping coklat telah kusediakan dngn nota utk medapatkan coklat2 seterusnya. Terima kasih buat teman2 yang lain yang turut membantu memeriahkan pencarianmu. Namun aku mohon maaf andai perbuatan kami membuatkan dirimu berkecil hati kerana aku tahu sesetangah dari teman kita telah membulimu dan itu bukan atas permintaanku. Namun kulihat kau tetap gigih menyudahkan pencarian sehinggalah coklat yang terakhir yang kau perolehi dariku sebagai pelengkap ucapan Happy Bzzday. Aku cuma mahu melihat kau tersenyum gembira di hari ulangtahun mu. Dan itulah yang terukir di bibirmu sambil kau menjerit padaku,'Rozi jahat'. Hahahahaha....

Itu semua kenanganku, kenangan kita bersama. ;>

Ros Cinta Mekar di Jiwa


Tersentuh dikalbu haruman cinta
Bak Mawar yang berkembang segar
Itulah kasih subur dijiwa
Itulah ros cinta mekarnya dijiwa


Merahnya tenang menawan hati
Harumnya segar tidak terperi
Lambang kasih tetap abadi
Kekal cintaku disanubari


Dialah kelopak akulah tangkainya
Saling menyatu menyubur kasih
Kekal begitu hingga akhirnya
Tetap mekar sebagai kekasih


Ros cintamu mekar dijiwa
Kita siramkan sepenuh hati
Terus dibaja terus dijaga
Kasihku mawar indah disanubari

Nukilan: Redroza(30.01.2010)

Dia & dia


Bismillahirrahmannirrahim



Aku ingin percaya bahawa hatiku sedang bahagia tatkala ini. Kerna dia, hatiku

 berbunga-bunga. Segala perasaan suka duka di adun menjadi satu dan terasa indah dihati.



Dia yang kukenali menarik hatiku. Dia seorang yang peramah namun kadang2 agak kasar. Penuh celoteh yang membuat hatiku yang hiba menjadi tawa dengan keletahnya.



Aku tidak percaya apabila dia mula pandai merajuk. Kadang-kadang aku rasa gundah, adakala aku merasa ingin tertawa dengan rajuknya. Tidak terdaya untukku memujuknya kerna keras hatinya. Lantas kubiarkan sahaja pulih sendiri.



Namun hari-hariku yang berlalu dan bakal kulalui, aku yakin dan percaya dia-dia amat membahagiakan ku, dengan ketelusan hatinya... Insyaallah. Alhamdulillah.

Warkah buat kekasih

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, di dalam kehidupan yang singkat ini adinda masih berpeluang untuk mencoretkan selembar kata-kata buat tatapan kekanda yang dikasihi.

Kekanda yang dikasihi, demi Allah adinda mengasihi kekanda setulus hati. Moga dipihak kekanda begitu jua hendaknya.

Kekanda yang dikasihi, doa supaya hubungan kita sentiasa di dalam rahmat-Nya akan terus meniti di bibir adinda setiap saat. Kita insan yang bersifat pelupa selalu lalai dan leka. Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih dan kepadaNya kita berserah.

Kekanda yang dikasihi, sehingga kini adinda menanti dan terus menanti apakah kesudahan perhubungan yang kita bina. Adakah sudah cukup persediaan kita? Bagaimanakah hasilnya usaha yang bakal kita tuai? Apakah matlamat hubungan kita?

Kekanda yang dikasihi, adinda seorang wanita bersyukur dengan perasaan kasih dan sayang yang dikongsi bersama. Namun adinda mengerti bahawa kita hanya merancang dan Allah jua yang menentukan. Apa yang diusahakan mungkin belum setara dengan kehendakNya justeru niat ingin hidup bersama masih di dalam perhatianNya.

Kekanda yang dikasihi, adinda mohon andai ada kekurangan dan kelemahan dipihak adinda kekanda dapat menerima seadanya dengan redha. Ketahuilah kita berpasangan kerana kita perlu saling melengkapi.

Kekanda yang dikasihi, andai ditakdirkan jodoh kita bersama adinda mohon jangan disia-siakan diri adinda. Adinda mohon keredhaan mu sebagai suami buatku suri dan teman hidupmu di dunia dan akhirat.

Kekanda yang dikasihi, hubungan kita dicipta dan dibina di atas kehendak Allah. Bagaimana hubungan kita dilalui dan diteruskan adalah pilihan kita. Namun akhirannya Allah jua yang Maha Mengetahui. Asal kita yakin kita sudah berusaha sedaya upaya, hanya doa dan tawakal sebagai penawar agar kita redha dengan tetapanNya.

Kekanda yang dikasihi, adinda sentiasa berharap agar peluang yang kita miliki sekarang kita hargai sewajarnya. Setiap kekurangan pasti boleh diperbetulkan dengan kelebihan yang kita ada. Begitu juga sebaliknya, kelebihan yang kita miliki semoga dapat diatur dan dimanfaatkan untuk menjadikan hubungan kita lebih bermakna.

Kekanda yang dikasihi, tiba saatnya adinda mengakhiri coretan kali ini. Adinda yakin adinda mengasihi kekanda sepenuh hati. Namun adinda pasrah dan redha andai cinta belum dimiliki.

Sembah salam buat kekanda yang dikasihi. Semoga bertemu kembali di lain lembaran.

Wassalam...

Rasa getar di jiwa


Hari ini cuti sempena Maulidur Rasul. Peluang untuk beristirehat di rumah. Namun hati terpanggil untuk ke tempat kerja memandangkan beban kerja yang semakin bertambah dan masih ada yang belum selesai.


Namun ternyata aku masih di rumah. Kerja sampai bila pun takkan habis. Inilah peluang untuk aku memanjakan diriku. Melakukan sesuatu untuk kepuasan diri.


Aku ingin menjadi seorang yang menyayangi diriku sendiri. Aku juga ada keperluanku sendiri selain tugasan di tempat kerja. Namun ada rasa getar di hati. Adakah aku tidak bertanggungjawab?


Argh!!! Aku tetap di rumah. Hidup perlu dilalui dengan ceria dan sihat. Rezeki juga perlu diusahakan.


Insyaallah, rezeki itu urusan Allah. Kita usahakan melalui bakat2 yang telah ditentukan-Nya.

Melangkah semula

Assalamualaikum wbt

Gugup rasanya kali pertama memulakan arena blogging. Rasa seperti bayi kecil yang belajar merangkak lalu jatuh dan cuba bangun semula.

Kini saya kembali untuk menulis. Bangkit semula dalam seni yang amat indah namun dalam gaya yang berbeza. Yang lebih berteknologi...eh chewah... :> senyum lebar saya...

Thanks Achik. Alang nak aktifkan semula minda. Mencanai idea. Semoga boleh dikongsi bersama dengan sekalian pembaca dan peminat. Wah, belum apa2 dah sebut pasal peminat. Hehehehe...baru bersemangat ye tak?.. motivasi diri itu penting.

Insyaallah, akan kuteruskan langkah ini. jari jemariku meniti butang-butang key board menjalinkan bait2 indah, suka, duka, pahit, manis dan segala rempah perasaan...

Sekian, pendahuluan pembuka bicara.

Selamat bersua di lain lembaran.