We need a place, we need some space

Suka tak?

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all... :>

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Makin Hari Makin Sayang

Smile....... erm...sampai ke telinga senyum nyer...camtulah baru berseri...tambah berseri lagi kalau selalu duk singgah2 kat halaman saye ni...jemputlah ye jenguk2 perkabaran saye tp xde la smpi hidang kuih jemput2...



Sunday 27 March 2011

Kerapu goreng/ bakar cicah air asam

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Tengah duk sorang2 ni teringat lak betapa sedapnya kalau dapat makan ikan goreng. Sementelah, ikan goreng adalah lauk kegemaranku. Beberapa minggu lepas ada lah duk singgah pasaraya dan ternampaklah ikan kerapu yang dijual rm6 seekor. Boleh tahan besarnya dan masih agak segar. Kubeli 2 ekor sambil duk fikir apakah jenis masakan yang bakal kuhidangkan nanti.

tak lama aku fikir untuk dapatkan idea kerana kalau ikan padaku yang paling best dibuat goreng je. Nilah resepi sempoi yang aku nak share. Jom citer bahan2 yang diperlukan.....

* Ikan kerapu sekor
* Cili api 7 biji
* Bawang merah 3 biji
* Limau kasturi 4 biji
* Kicap manis 3 sudu
* Air setengah cawan
*Garam secukup rasa
* Kunyit serbuk secukupnya
* Salad sepokok
* Timun sebiji

Wokeh, jangan tunggu lama nanti lama2 ikan diculik kucing....hahaha...
sekadar gambar hiasan

jom kita mula memasaknya. Dan seperti biasa, bersihkan ikan terlebih dahulu dan dikelar dua di kedua2 sisi badannya.
Lumurkan kunyit dan garam di badan ikan. Sementara itu panaskan kuali menggoreng. Sebaik kuali panas tuangkan minyak yang cukup untuk menggoreng.
Sambil menunggu ikan dikuali menjadi garing, ambil cili api dan diracik-racik, begitu juga dengan bawang merah tadi turut dihiris nipis.
Hirisan bawang dan cili tadi dimasukkan ke dalam mangkuk kecil. Tuangkan kiap manis tadi dan juga air ke dalam mangkuk yang sama.
Limau kasturi yang disediakan pastikan limau yang banyak air. Air limau diperah ke dalam mangkuk yang sudah diisi dengan hirisan bawang merah, cili, kicap dan air.
Kacau campuran bahan2 tadi dan rasa masam dan manisnya biar sekata.
Ambil sebiji pinggan dan mulakan hiasan dengan salad dan hirisan timun.
Letakkan ikan yang sudah dimasak garing di atas salad. Hidangkan bersama air asam tadi bersama-sama dengan nasi putih panas.

erm.....enaknya rasa. Nyummi...

Diakah:Dia...dulu, kini dan selamanya

Dia termangu sendirian. Usai bersarapan hidangan Western yang sudah menjadi menu biasanya kini, dia melangkah menyelusuri jalanan itu. Saat ini ingin rasanya seseorang untuk menemani diri yang kesunyian. Terimbau kenangan satu ketika. Di saat itu hidupnya dipenuhi warna-warna ceria. Sentiasa dihidangkan dengan senyuman manis dan mesra pujaan hati. Saat-saat resah akan diladeni dengan pupukan kata-kata semangat yang mampu membuang jauh segala sesak dan sebal di hati. Teman yang sejati yang diharapkan sentiasa mendampinginya.

Itu satu ketika dulu. Kini dia tidak lagi memiliki keindahan itu. Serasa ada kekurangan yang membuatnya rasa sukar untuk bangkit semula. Namun hidup perlu diteruskan. Dengan saki baki semangat yang ada dia tetap melalui segalanya. Rasa kesal masih membukit namun sejarah tetap sejarah dan tiada apa yang akan mengubahnya atau mengembalikan saat indah yang hilang itu. Dari itu, dia cuba membaiki semula masa-masa depannya supaya ia tidak terus dibelenggu rasa kesal yang menghimpit dada.

Satu nama yang selalu terukir dibibir. Satu nama yang menjadi igauan dalam mimpinya. Malah sepanjang hidup sedarnya. Satu nama yang tidak mungkin terpadam dari memorinya dulu, kini dan selamanya. Dari nama itu dia membina kembali kekuatan untuk terus melangkah. Pasti dibuktikan suatu masa nanti, segala yang berlaku bukanlah atas kehendaknya. Setiap kali nama itu dilafaz, namun terlontar setakat di bibir nipis nya. Lebih dari itu dia belum mampu.

Pipinya merona merah pabila menyedari ada seseorang sedang memerhati. Rupanya sudah lama dia mengimbau masa lalu yang tidak mungkin kembali lagi. Dia tersenyum sebagai tanda menyapa sebelum orang itu berlalu dengan menghadiahkan senyuman manisnya sambil menggelengkan kepala. Wajah itu mengembalikan semula ingatannya pada memori yang baru diulang tayang tadi. Wajah itu persis.....

Wednesday 23 March 2011

tumpang lalu yer....

pergh....best kalau dapat kete cmnih...simpan dlm garaj...hahahaha


pe citer nih.....ha ni lah namanya tumpang amik gambar...kat mid valley ms ni. tema ms aidilfitri tahun bila ntah, x ingat plak...

Tuesday 22 March 2011

Sekolahku

Bapaku pulang dari kota

Bapaku belikan kereta

Kereta kecil warna merah

Boleh kubawa ke sekolah

Pon! Pon! Pon! Pon! Pon! Pon! Pon! Pon! Pon!

Kereta kecilku berbunyi

Marilah adik mari naik

Boleh kubawa jumpa nenek

(dedikasi lagu ini pada Achik-Da Mia)

Rindu bertandang lagi. Rasa gembira bila akhirnya dapat juga ku bertemu dengan segelintir dari teman2 sekolah di masa kecilku. Cuma bertemu di FB. Nampaknya sekarang masing2 dah mempunyai kehidupan sendiri yang lebih bermakna. Semoga ukhwah terus terjalin dihati. Terima kasih...sekolah yang pernah menemukan kami. Sama2 belajar menulis dan membaca malah mengira. Walau tak banyak kenangan bersama kalian, yang sedikit cuma itu pun cukup berharga. Terima kasih juga kerana masih mengingatiku. Setelah lebih 20 tahun kita bersua kembali.

Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Arang

Selamat Ulang Tahun Cik Kulin

Pinjam kek syurah dan mamanya untuk raikan ulangtahun hari lahir mak tik Kulin...hehehe....nnt Maituwah belikan kek baru untuk Mak Tik yer....herm...camtulah...

Bourgenvilla penghias halaman bonda

Menariknya taman di halaman rumah ayahbonda













Alhamdulillah, bakat seni yang dimiliki terhasilnya corak foto yang sebegini

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.....terimalah persembahan seni foto dari hasil tangan saya sendiri. Banyak yang ingin dikongsi. Pictures said more than thousand words.

Warnanya membina rasa kagum dihati, Subhanallah.
Mesranya alam saling bersatu, muhibbah yang terjalin mencipta sekalian bentuk dan warna2 nan indah
















Thursday 17 March 2011

lima taun sudaaaaa lor...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Nak jadi citer semalam seorang teman yang sudah lama tidak ketemu ajak tonton Hikayat Merong Mahawangsa. Kitorang target nak ke Mid Valley jer. Sampai di GSC Mid Valley, punye la ramai orang kat panggung. Sambil beratur kitorang duk perati je 'screen list' yang menunjukkan HMM dan The Big Momma's 'selling fast'. Sebelum sampai 'turn' kitorang, screen menunjukkan cuma tinggal satu kerusi je utk HMM sementara TBM dan habis utk waktu tayangan yang kitorang pilih. Tayangan yang seterusnya lambat lagi. Jadi sampai turn kitorang kat kaunter, kitorang cancel nak tngk kat Mid Valley.

Masing2 duk fikir nak cari tempat lain. KLCC yang kucadangkan tak dipersetujui. Aku cadangkan Amcorp Mall atau Sunway tapi memberku kata, Amcorp takut xde citer tu dan Sunway plak kut orang ramai. Jadi aku suggest OU. Jadi kitorang pun berkereta ke OU. Dalam perjalanan aku suggest dua tempat lain sama ada di Tropicana City Mall atau Cinelessure. Namun, member ku rasa lebih baik terus ke OU tapi bersetuju kalau nak ke Cinelessure. Sampai ke sana, kitorang terlepas lorong masuk kerana papan tanda yang menunjukkan 'No Parking' di lorong masuk. Lepas amik keputusan utk u-turn, x pasal kitorang terus keluar ke arah highway. Masing2 dah pening dan malas nk cakap banyak terus suggest pegi Amcorp Mall.

Sampai di Amcorp Mall yang kitorang x berapa familiar nih, kitorang teruskan perjalanan sampai ke tingkat atas. Puas tercari-cari mana lah panggung wayang kitorang singgah sebuah kedai VCD yang masa tu kelihatan 2 orang lelaki berbangsa Cina sedang duk borak2. Part ni yang best.

'excuse me, tumpang tanya ar...di mana cinema kat sini ar?', aku tanya diorg sementara member aku duk perati je.
'cinema? ape itu?, lelaki A ni tanya.
'cinema ar...tu dekat sana', lu mau nengok movie ar?, lelaki B plak tunjuk ke arah sebuah kedai buku. Aku pun duk toleh belakang dngn rs pelik sebab rasanya kitorang dh lalu situ td x nmpk pun cinema. Member aku pun baru nak cakap thank you dan nak pegi dah tngk mgkn ada pintu lain masuk ke cinema.
'sudaaa bangkrap lor...lima taun suda xde operation. lu baru mau tengok movie ar?, sambung lelaki B tadi sebelum sempat kitorang toleh semula pada dia.
'kalau mau tngk movie sini pun ada banya celita.....' lelaki B macam x puas nak menyakat kitorang.
kitorang dh gelak2 dan rasa malu gak sebab xsangka plak cinema tu dah tutup. nampak sangat la kitorang jarang pegi sana. Kitorang cakap tima kasih dan terus blah.

Sudahnya kitorang pergi Sunway, barulah lepas impian nak tonton HMM...masa tayangan baru start aku duk tersenyum kecil sebab duk ingat insiden kat Amcorp Mall. huhuhuhu......

Tuesday 15 March 2011

Dah sebulan...

;> nak sonyum yo ghaso eh....dh sebulan memcebur-an dighi dlm arena blogging nih.... Alhamdulillah. Insyaallah, akan cubo luangkan maso utk selalu update dngn cerito2 n maklumat yang buleh dikongsi bersamo...

Rendang Ayam Bonda ala2 BCJT

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Sebelum memulakan sebarang pekerjaan eloklah dimulakan dngn Basmallah dan diakhiri pekerjaan itu dngn ucapan Hamdallah.

Kali ni saya rasa nk 'share' lah resepi turun temurun yang saya belajar dari omak ese...hehehe...loghat n9 dh masuk campur dh...meh kito tengok apo la bahan2 eh tuh.






Bahan2 eh yang porlu disedio-an (boli sendiri tau jngn mnta kek ese plak):
Ayam kampung/ ayam pencen 2 ekor
Cili api segonggam
Kunyit 2 1/2 inci
Garam secukup ghaso
Serai 2 batang
Santan dari 6 biji kelapo
Kut nak buh skit kerisik buleh yo...

Cagho2 nak buek eh:
1. Berosih-an ayam 2 ekor tu...buang bulu eh segalo. Berosih-an isi2 poghut eh tu. Layur-an bagi tangga bulu2 halus kek bodan eh tuh. Lopeh tu koghek2 bagi kocik saih eh. Agak2 la dlm koghek 18 ko 24 ko... jngn koghek bosa2 nnt liat pueh nk gigit eh tertangga gigi. Dah siap berosih sumo-eh masuk-an dlm koli.
2. Cili api tuh tumbuk moh kunyit. Tumbuk lumat2. Lotak garam secukup ghaso. Agak2 dlm 4 sudu teh.
3. Sorai2 tu lopeh diberosih-an tumbuk la acah2 yo...jngn sampai lumat.
4. Bahan2 2 dan 3 nih masuk-an dalam koli gak. Hidup-an api...taktik ni namo eh mengocut. Maso ni la jus2 dari ayam  tu keluar n bergaul mo cili dan sorai td.
5. Sambil2 tunggu jus ayam tu koghing skit, sedio-an la santan eh. 6 biji jangan kughang plak. Lobih pun elak-an lah. Biar cukup2 yo manih eh tu nnt. Tp kalau ayam yang diguno-an dalam resepi ni ayam kogheh elok la di lobih-an santan eh tu.
6. Dah agak koghing jus ayam tadi baghu la masuk-an santan tadi. Masuk-an skit2. kut x muek koli tu nnt. Masuk-an separuh dulu untuk tujuan melembut. Dah agak koghing separuh yang pertamo ni baghu la masukkan belen santan tadi. Jangan lupo ghaso garam eh. Kang kut tawar meleset plak x sodap ghondang ekau. Ghondang ese mmg la sodap...hahahaha....
7. Yang terakhir kut nak bona buh kerisik..buh la bilo santan dah koghing skit. Tapi warno eh nnt x kuning la. Jd warna golap tp sodap yo tuh...cubo jngn x cubo.

Dah siap dah ghondang resepi bonda ese ni ha. Ajak la jiran2 tu makan samo. Kang terliur plak deh.a

Thursday 10 March 2011

Nak jadi citer...haluuuuus aje..(gaya harith iskandar minum nescafe)

Assalamualaikum dan salam sejahtera ;>


Insiden ni berlaku semalam dan pernah berlaku beberapa kali padaku. Kisahnya, semalam ada program menderma darah di tempat kerjaku. Nama sudah kudaftarkan lama dulu dan apabila tiba hari yang dinantikan aku bersama seorang teman pergi ke tempat yang disediakan. Kami perlu mengisi borang sebelum menjalani proses pemeriksaan darah dan tahap kesihatan.


Temanku terlebih dahulu menyerahkan borang dan diperiksa oleh seorang doktor perempuan. Sambil memeriksa doktor menyoal beberapa perkara yang berkaitan dengan kesihatan semasa temanku. Pertamanya doktor memeriksa tekanan darahnya dan mendapati terlalu tinggi. Memandangkan usia temanku yang masih muda dia dinasihatkan berjumpa doktor panel untuk membuat pemeriksaan lanjutan. Sewaktu beratur menunggu giliran, temanku memberitahu dia merasa gemuruh kerana pertama kali menderma darah. Tapi yang pastinya ada beberapa sebab yang menyebabkan tekanan darahnya tinggi.


Tiba pula giliranku untuk diperiksa. Aku menyerahkan borang yang sudah kuisi. Walaupun aku sudah menandakan pertama kali menderma yakni bermakna bukan penderma ulangan tetapi doktor tetap bertanyakan soalan itu. Lalu aku menjawab, 'pernah nak derma tapi failed'. Dari raut wajah doktor kelihatan dia tertanya-tanya, lalu dia bertanya 'kenapa?'. Dengan senyuman aku menjawab, susah nak jumpa urat. Lantas doktor menandakan petak ' not eligeble' dan memberitahuku, 'kita cuma bawa jarum bersaiz besar, kalau susah nak jumpa urat kita tak boleh buat'. Sekali lagi aku kecewa kerana tidak dapat menyertai program menderma darah, seperti program2 sebelum ini.


Aku berlalu bersama temanku tadi yang turut di'reject'...apakan daya, uratku haluuuuuus benar.... ;>