We need a place, we need some space

Suka tak?

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all... :>

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Makin Hari Makin Sayang

Smile....... erm...sampai ke telinga senyum nyer...camtulah baru berseri...tambah berseri lagi kalau selalu duk singgah2 kat halaman saye ni...jemputlah ye jenguk2 perkabaran saye tp xde la smpi hidang kuih jemput2...



Wednesday 20 April 2011

Bila kukenang kurenung......

Assalamualaikum semua n salam sejahtera....

Pernah termenung x....atau berangan....atau mengelamun atau apa2 perkataan yang seangkatan dengannya....?

Ada orang kata, hal yang lepas biarlah berlalu...dlm lagu Allahyarham P Ramlee...'barang yang lepas jangan dikenang'... mungkin betul mungkin tak bergantung kepada kenapa ia timbul semula dalam memori kita.

Tajuk entry ni saya pilih pabila hidup saya sy yg agak aman damai baru2 ni terasa berkocak. mungkin disebabkan kebimbangan yang tak berhujung pangkal. tetapi apabila ia berkait dngn kenangan lalu, boleh ke kita elakkan dari terus mengenang.

Ia berkaitan dengan 'seseorang2' yang pernah diberi keistimewaan utk bertakhta di hati. namun kita hanya merancang, Allah jua yang lebih mengetahui. Maka Dia tentukan saya dan 'seseorang2' itu berpisah. Saya percaya ada hikmahnya. namun adakala kesilapan tetap berlaku.

Baru2 ini saya kerap dihubungi semula oleh 'seseorang2' yang pernah singgah di hati. Merisik khabar setelah sekian lama terputus hubungan. Apakan daya, bagi saya setiap hubungan istimewa yang dibina, kerapkali tidak berjaya. Namun bila mula dihubungi semula oleh mereka, hati tertanya2 apakah sekadar merisik khabar atau ingin membina harapan. Dari nada ucapan ada kemungkinan2 itu namun siapalah saya utk menduga apa yang bersenandung di hati mereka.

Sekiranya 'seseorang2' itu ada terbaca entry ini, saya mohon dengan rendah hati, berilah peluang untuk saya membina hidup baru saya. kalian tetap seseorang yang pernah dikenali namun tidak seistimewa seperti di satu ketika dulu. Untuk izinkan kalian bertakhta semula, mungkin tidak. Buat kalian juga kudoakan semoga berbahagia dengan kehidupan kalian.

Kenangan itu menjadi sejarah dalam hidup kita. Kenanglah sejarah itu, diambil yang baik sebagai panduan dan yang xsempurna sebagai sempadan. Pacukan langkah ke hadapan, jauhkan yang keruh ambil yang jernih.

Sesungguhnya yang baik dan cantik itu milik Allah, yang tidak sempurna dan serba kekurangan itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Allah yang Maha Mengetahui.