We need a place, we need some space

Suka tak?

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all... :>

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Makin Hari Makin Sayang

Smile....... erm...sampai ke telinga senyum nyer...camtulah baru berseri...tambah berseri lagi kalau selalu duk singgah2 kat halaman saye ni...jemputlah ye jenguk2 perkabaran saye tp xde la smpi hidang kuih jemput2...



Tuesday 28 June 2011

Kau beri hatimu, kau kunci cintaku

Assalamualaikum wbt n salam sejahtera semua...

Sebuah drama yg menyentuh hatiku...

Kutub Utara: Assalamualaikum....
Kutub Selatan: Waalaikumussalam....
Kutub Utara: Watpe tu...? Kat ne?
Kutub Selatan: Xde ape pun. On the way nak balik dah ni.
Kutub Utara: Dah nak sampai ke?
Kutub Selatan: Satu bas lagi. Abg belum balik kan?
Kutub Utara: Belum. OT ari ni. Ramai orang plak hari ni.
Kutub Selatan: Ok lah tu. Xde lah bosan. Macam2 gelagat orang.
Kutub Utara: Tu lah. Kalau awak ada lagi seronok.
Kutub Selatan: Ye lah tu....
Kutub Utara: Saya nak minta tolong boleh x?
Kutub Selatan: Leh je. Nak saya tolong apa?
Kutub Utara: Tolong simpan hati saya....
Kutub Selatan: Aaaaaa...... eerr...nak simpan kat mn?
Kutub Utara: Kat sebelah hati awak lah.
Kutub Selatan: oooo...ok... (merah sudaaaaaa)

Tuesday 21 June 2011

Tanggal 20 Jun 1980 bersamaan 7 Syaaban 1400

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang....
Assalamualaikum wbt .... & salam sejahtera...

Apa istimewanya tarikh kat tajuk tuh... Istimewa...memang sangat istimewa bagi saya yang dilahirkan pada tarikh tersebut.

.....Alkisah tanggal 20 Jun 1980 pada jam 11.05mlm lahirlah seorang puteri yang montel, ahli baru dalam keluarga 'Pn Norimah' and 'En Baharom'.


Menurut bondanya, puteri tersebut amat jarang menangis semasa bayinya. Namun tidak bermakna itu adalah perkara yang menyenangkan hati. Tentu agak pelik apabila bayi jarang menangis. Bonda tercinta berjaga siang dan malam untuk memastikan puterinya dalam keadaan sejahtera dan selesa. Bayi dipantau dengan penuh kasih dan sepenuh perhatian diberikan.

Sepanjang 31 tahun kehidupannya, banyak pahit manis kehidupan yang dilalui. Dan banyak juga hal2 yang aneh belum terjawab. Namun puteri tersebut tetap meneruskan kehidupannya seadanya.

Puteri yang kini sudah dewasa, bersyukur dengan kesederhanaan yang dimilikinya. Dia ingin terus hidup, mengenal dirinya (mencari dirinya yang seolah2 hilang sekian lama).

Sedari kecil terdapat beberapa ulasan dari beberapa orang guru yang rapat dengannya, mengatakan puteri ini seorang yang 'pelik'. Puteri itu sendiri merasakan kebenaran ulasan tersebut. Guru2nya merasakan ada sesuatu yang istimewa tentang diri puteri ini dan ada beberapa perkara yang kelihatan ganjil dipandangan mereka. Ada beberapa peristiwa yang berlaku yang mana puteri itu sendiri tiada jawapannya. Walaupun turut merasa keanehan2 itu, puteri tersebut terus melalui kehidupannya seadanya.

Untuk kesekian kali, ulang tahun yang ke-31 amat menceriakan dengan doa2 dan harapan dari keluarga, teman n taulan...nyawa adalah anugerah dari Allah. Alhamdulillah, puteri ini masih diberikan nafas untuk meneruskan kehidupannya.

Semoga pencariannya selama ini berhasil. Andai itu yang terbaik, Allah jua yang lebih Mengetahui. Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Maha Suci Allah Tuhan sekalian alam. Kerana-Nya puteri ini di sini, dan kepada-Nya puteri ini akan kembali pabila tiba saatnya nanti, tidak lewat tidak lambat walau sesaat. Wallahua'lam.