We need a place, we need some space

Suka tak?

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all... :>

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Makin Hari Makin Sayang

Smile....... erm...sampai ke telinga senyum nyer...camtulah baru berseri...tambah berseri lagi kalau selalu duk singgah2 kat halaman saye ni...jemputlah ye jenguk2 perkabaran saye tp xde la smpi hidang kuih jemput2...



Saturday 29 October 2011

Hotline or Toll-free...tiada hadnya bila kita memilih berbicara dengan Allah

 
Assalamualaikum muslimin dan muslimat sekalian...satu lagi artikel menarik yang saya nak kongsi. Juga saya dapat dari email yang telah di'forward'kan oleh teman2. Bersamalah kita berfikir dan mencari manfaatnya. Selamat beramal. Insyaallah, berpesan-pesan pada perkara kebaikan.
kredit gambar untuk 'rilekslah.com'

----------------------------------------------------------------------------------------------- 
Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....  

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini: 

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah 
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."  

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat 
respons seperti ini: 

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,  

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,   
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya, 
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,  
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &  
neraka,silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!" 

Atau mungkin juga Anda mendengar ini : 

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."  

atau... 

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi." 

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!! 

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.  

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434 

2 : solat Subuh 
4 : solat Zuhur 
4 : solat Asar   
3 : solat Maghrib 
4 : solat Isya 

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
28443483 

2 : solat Subuh  
8 : solat Dhuha   
4 : solat Zuhur 
4 : solat Asar   
3 : solat Maghrib 
4 : solat Isya   
8 : Solat Tahajjud atau lainnya 
3 : Solat Witir 

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul" 

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil.. 

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!! 

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya 

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut" 

7 Kalimah ALLAH: 

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.  
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.   
4.. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. 
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi  
sesuatu tak disukai dan tak diingini.   
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan 
menerima musibah. 
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang  
siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.  

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. .. 
mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.  


Amin.... 

Wassalaamu'alaikum....