We need a place, we need some space

Suka tak?

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all... :>

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Makin Hari Makin Sayang

Smile....... erm...sampai ke telinga senyum nyer...camtulah baru berseri...tambah berseri lagi kalau selalu duk singgah2 kat halaman saye ni...jemputlah ye jenguk2 perkabaran saye tp xde la smpi hidang kuih jemput2...



Tuesday 17 January 2012

Ikhtiar hidup....baik manusia mahupun makhluk Allah yang lain...

As Salam semua...salam sejahtera ;>

Pepagi nih Red bangun tangan gatal..otak gatal...dari semalam lagi nak menenyeh keyboard nih. Dah de dalam kepala satu citer nak share. Then pepagi nih dah dapat permission nak publish citer nih.
Alahai...Red ingat nak lah jadi orang pertama tapi dah ada lak wartawan lain dapat berita nih...hehehe...tapi Red tak risau sebab Red dapat story nih direct dari tuan empunya citer.

Nak tau citer ape...hah nanti dulu.........
.
.
.
.
.

Jom kita komen dulu ape yang kome (aih guna kata nama dari perak pulok...citer sensasi yang Red nak citer nih dari Perak ler...) tau pasal ikhtiar hidup?

Dulu zaman sekolah , kita join camping lah hiking lah macam-macam lagi aktiviti mesti ada ikhtiar hidup nye segmen kan...contoh kena masak guna kayu api...cikgu atau instructor bagi 3 batang mancis je...pasang khemah sendirik...hah..apa lagi...tapi masa tuh walaupun dah habis 3 batang mancis kome tetap boleh dapat makan kan...tak yah nak ngelat lah...takkan lah cikgu atau instructor kome tuh nak penanye kome-kome nih kan...

Kali nih Red nak story pasal ikhtiar hidup bukan pada satu pihak tetapi kedua-dua pihak yang terlibat...
Red terasa betapa besar rahmat Allah menjadikan rantaian makanan sebagai satu simbolik yang menunjukkan bahawasanya kita ini setiap makhluk-Nya memerlukan antara satu sama lain.

Dalam story Red nih watak-wataknya adalah 2 orang penduduk kampung dari Kampung Changkat Jambu, Chuar Hilir, Kuala Kangsar dan juga beberapa ekor pak belang (bukan pak belalang ye...) auw...harimau yop...harimau...diulag lagi dengan nada mengaum HARIMAU....

Harimau betul eh bukan replika atau rekaan ye....

Memasing apabila menghadapi situasi yang mencemaskan mahupun situasi terdesak...tak lain tak bukan ikhtiar hidup lah namanya...mempertahankan nyawa selagi terdaya. Bagi pihak 2 orang penduduk (perempuan, ibu dan anak) yang sedaya upaya menyelamatkan diri dari harimau yang mengejar walau terpaksa meredah 2 ke 3 buah bukit bermula apabila mereka sedang menoreh getah mencari rezeki (ikhtiar hidup juga nih) tentu satu pengalaman yang mengerikan kerana kita tidak akan tahu apakah kesudahannya. Namun Allah telah menyelamatkan mereka...Alhamdulillah...anak perempuan yang pada mulanya enggan menemani emaknya tetapi akhirnya bersetuju lantaran ayahnya yang tidak berapa sihat pada hari itu. Sungguh Allah telah mengaturkan setiap sesuatu dengan cantik sekali. Si anak turut membawa handphone membolehkan mereka menghubungi teman2 untuk mendapatkan bantuan. Terfikirkah bagaimana kalau si anak tidak menemani emaknya ke kebun getah???

Bagi Sang Harimau pula...ia juga sedang berikhtiar untuk meneruskan hidupnya. Mendapatkan makanan menjadi pemangsa. Malangnya, apabila habitatnya terganggu, adakah menjadi salahnya kiranya ia datang memasuki kawasan-kawasan perkampungan. Adakah Sang Harimau dan kawanannya tidak berhak untuk memeneruskan hidupnya? Sedangkan mereka juga makhluk ciptaan Ilahi. Tentunya ada hikmah disebalik setiap ciptaan dan kejadian yang hanya Allah yang Mengetahui.

Namun dalam cerita ini, sang harimau telah kalah dalam ikhtiar hidup. Ia berjaya ditembak mati oleh pasukan penyelamat/ anggota keselamatan yang datang untuk operasi menyelamat dua orang penduduk kampung yang saya ceritakan tadi. Apakah agaknya yang kita boleh lakukan supaya akan ada win-win situation? Penduduk kampung selamat...dan sang pak belang serta kawanannya masih boleh meneruskan hidup mereka? Fikir-fikirkanlah.

Disini Red kongsi petikan berita dan gambar yang berkaitan...kredit untuk pakcu, Wan Khairul Mat Isa dan En Kuso Bagan (bukan nama sebenar) serta yang lain-lain. Berita penuh boleh didapati dalam akhbar Sinar Harian.


Kredit juga gambar berikut untuk En Mohammad Nor.





Gambar-gambar ini mengakhiri entry Red kali ini...
Betapa kita perlu berikhtiar untuk hidup. Betapa kita perlu menjaga keseimbangan kehidupan di muka bumi ini. Sama-samalah kita mengambil iktibar.

Sekian, wassalam.