Dalam kehidupan kita, diakui pasti ada dugaan dan halangan di dalam setiap pekerjaan yang hendak dilakukan. Justeru kita selalu rasa mengalah dan putus asa serta merasakan yang ia tidak akan berjaya. Mengapa?
Bukankah Allah menguji kita bersesuaian dengan kemampuan kita. Kita boleh berjaya selagi kita mahu. kita boleh berjaya kerana kita mampu. Gunakan apa yang kita miliki secara optima. Bukannya mengira sumber yang tidak kita miliki. Jika tidak memiliki sesuatu, pasti ada sumber lain yang boleh kita aplikasikan. Red rasa ini bertepatan dengan ' today's advie ke-2 yang Red perolehi dari botol comel Red... "COUNT YOUR BLESSING, NOT YOUR TROUBLE".
Red suka petikan dari Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah yang Red kongsi di Facebook,
"Assalamualaikum sahabat yang dikasihi. Moga Allah rahmati kita semua. Ada seorang yang alami excident dan menjadi lumpuh. Lima tahun kemudian dia berjaya dan menjadi jutawan. Bila ditanya rahsianya, dia menjawab, 'MASA SIHAT SAYA DAPAT LAKUKAN 1000 PERKARA, BILA SAYA LUMPUH SAYA TIDAK DAPAT BUAT 100 PERKARA TAPI MASIH BOLEH LAKUKAN 900 PERKARA. SAYA BOLEH PILIH UNTUK FOKUS KEPADA 100 PERKARA YANG TIDAK MAMPU SAYA LAKUKAN ATAU KEPADA 900 PERKARA YANG SAYA MAMPU LAKUKAN WALAU SAYA LUMPUH?' Bagaimana dengan kita?
Fokus kepada masalah dan kekurangan kita akan sengsara dan gagal, sebaliknya bila kita fokus kepada kekuatan dan kebolehan kita, pasti kejayaan dapat ditempa."
Nampaknya Red mendapat nasihat yang bertepatan untuk diri Red kali ini seperti juga nasihat yang pertama.
Sekian, yang sempurna itu milik Allah dan yang lemah itu dari diri Red sendiri.