We need a place, we need some space

Suka tak?

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all... :>

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Makin Hari Makin Sayang

Smile....... erm...sampai ke telinga senyum nyer...camtulah baru berseri...tambah berseri lagi kalau selalu duk singgah2 kat halaman saye ni...jemputlah ye jenguk2 perkabaran saye tp xde la smpi hidang kuih jemput2...



Sunday 14 August 2011

Ramadhan datang lagi....

Assalamualaikum semua...

Erm....sekejap je masa berlalu. Dah 2 minggu sekalian umat Islam menjalani ibadah berpuasa dan disamping itu juga memperbanyakkan ibadah2 lain.

Pejam celik pejam celik Syawal pula menjelma. Apa persediaan kita? Apa pengisian kita?

Hari tu aku sakit sampai beberapa hari tak boleh buang air besar. Aku berbual dengan seorang teman dari business partner syarikat tempat ku bekerja. Seorang yang bukan muslim. Katanya mungkin aku x boleh berpuasa. Tapi ku sangkal kata2nya. Aku katakan berpuasa adalah untuk merehatkan perut. Untuk pulihkan kembali sistem dalam perut. Selepas 11 bulan perut memproses setiap makanan yang ditelan.
Aku katakan lagi, teramat sayang dan rugi andainya tidak berpuasa di dalam Ramadhan. Kerana bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan segala hikmah. Walaupun bulan2 lain pun kita boleh berpuasa, manakan sama dengan berpuasa di bulan Ramadhan. Sehingga setiap umat Islam tersenyum dengan kehadirannya dan berduka dengan pemergiannya. Suasananya sungguh berbeza.
Akhirnya temanku itu mengalah. Aku mengerti, pandangannya itu adalah pandangan seorang yang tidak mengerti betapa berharganya saat yang dilalui di dalam bulan Ramadhan. Dan pandangannya juga adalah pandangan teman yang prihatin kepada temannya yang mempunyai masalah kesihatan. Semoga dia diberi hidayah Islam.

Mudah2n dapat kutunaikan ibadah berpuasa ini dengan ikhlas dan diperbaiki hati serta amalan.
Walaupun sudah berada di pertengahan Ramadhan, moga tidak terlambat untuk kuucapkan kepada semua umat Islam, hargai Ramadhan yang bersama kita sekarang kerana mungkin ini Ramadhan terakhir kita.
Bersama2 kita menambahkan amalan dan memperbaiki diri kita, menjalinkan silaturrahim. Yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan.

Akhir kata, sentiasa berhati2, berhemat dan bercermat, doakan keluarga, teman taulan, sekalian muslimin dan muslimat. Semoga Allah beri kesejahteraan buat kita semua. Amin. Insyaallah.


No comments: