We need a place, we need some space

Suka tak?

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all... :>

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Makin Hari Makin Sayang

Smile....... erm...sampai ke telinga senyum nyer...camtulah baru berseri...tambah berseri lagi kalau selalu duk singgah2 kat halaman saye ni...jemputlah ye jenguk2 perkabaran saye tp xde la smpi hidang kuih jemput2...



Tuesday, 15 February 2011

Gulai Lemak Cili Api-Ikan Sembilang Salai

Assalamualaikum tuan2 dan puan2, ladies and gentleman, tukang batu and tukang simen...hahaha. Kali ini saya dengan murah hatinya akan menyumbangkan resepi Gulai Lemak Cili Api-Ikan Sembilang....pergh dengar je pun dah kecur liur ye...Bak kata Maisyurah(anak saudara sy) erm..delicious...(versi backpack Dora)jadi tanpa berlengah lagi mari kita tengok apa bahan2 dan bagaimana untuk menyediakannya.

Bahan-bahannya:
1.Ikan sembilang-saiz sederhana 0.5kg
2.Santan kelapa 1 biji
3.Cili api 15 biji (ikut la hang nak pedas ke xnak pedas ke, tapi kalau cukup2 pedasnye baru pure...)
4a.Belimbing buluh 15-20 biji (anda juga boleh menggunakan bahan2 yang masam seperti daun gelugur 5 helai)
*sekiranya anda gunakan bahan yang masam ini, anda xperlu lagi mencampurkan asam keping.
4b.Terung belanda(terung pipit) dan asam keping 1keping
5.Kunyit hidup 1 inci
6.Kunyit serbuk untuk melumur ikan sembilang
7.Limau kasturi 3-4 biji untuk mencuci ikan sembilang
8.Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
1.Ikan sembilang hendaklah disiang/dibersihkan/dikelar nipis2 sepanjang badannya. Cucilah dengan limau kasturi utk membuang bau hanyir.
2.Setelah bersih ikan sembilang tersebut dilumur dengan kunyit serbuk lalu disalai sehingga kering (awas jangan sampai hangus). Warnanya akan jadi kekuningan dan berbau harum.
3.Sementara menyalai ikan sembilang anda bolehlah menyediakan bahan2 lain. Bersihkan bahan 4a atau 4b (mengikut pilihan anda) jangan dicampurkan sekali sudaaaa
jika 4a.Anda belahkan belimbing buluh kepada 2 bagi setiap satu. Jika daun gelugur, helai daun disusun bertidih dan digulung lalu diracik nipis2.
jika 4b.Anda bersihkan terung belanda itu dan tumbuk separuh pecah didalam lesung dan rendamkan didalam bekas berisi air.
4.Tumbuk kunyit hidup sehingga lumat di dalam lesung, kemudian masukkan cili api untuk ditumbuk bersama-sama sehingga lumat. Tambah 1 1/2 sudu besar garam sebelum mula menumbuk.
5.Apabila ikan siap disalai, bahan kunyit dan cili api sudah lumat, bahan 4a atau 4b sudah dibersihkan, apalagi...ambil periuk yang sesuai letakkan di atas dapur api sederhana.
6.Masukkan santan ke dalam periuk dan juga kunyit dan cili api yang sudah ditumbuk. Jika anda menggunakan bahan 4b, sila masukkan asam keping bersama santan, kunyit dan cili api. Jika anda menggunakan bahan 4a, sila masukkan suku bahagian belimbing buluh/ daun gelugur. Ini bagi mengelakkan santan berketul2.
7.Masakkan kuah santan sehingga ia menggelegak, rasa garamnya. (kurangkan lemak dan garam dalam masakan ye pembaca semua, untuk kesihatan).
8.Apabila dah cukup rasa dan santan menggelegak, masukkan ikan sembilang salai satu persatu. Selepas 30 saat masukkan keseluruhan bahan 4a atau 4b tadi. Tunggu sehingga belimbing buluh atau terung belanda tadi empuk dan segera padamkan api. Jika campuran adalah daun gelugur, sila padam api serta merta selepas memasukkannya ke dalam periuk.

Siap sudaaa resepi asli dari nogoghi sombilan...selamat mencuba. tata titi tutu...

4 comments:

d a m i a said...

as-salam..wah, baru buat tadi, dh banyak perubahan nie..ok, gud2...heee
alang, klu share entry kat fb lagi ramai yang datang melawat...nampak tak kotak yang ade huruf2 m e t f tu...klik kat f means fb..nanti tajuk entry nie akan appear kat fb, so mbr fb alang pon leh la baca nanti... =)

d a m i a said...

waaaa...sedap2..paling suka masak sambal bilis pedas tuuu...alang, kasi resepi kat achik...nak tolong buatkan pon ok...hikhikhik
waaa, jiwang lagu blog nie....nostalgia tul..!! =)

RedRoza said...

ooo nak resepi sambal bilis ye. sambal bilis ni de bbrp version...alang leh bagi...kalau nk alang buatkan, mai la sini...hik3x

RedRoza said...

alang guna bbrp lagu achik..kalau achik lama duk belok itu ini leh la dngr sumer lagu tuh...gerenti puas hati..hehehe