We need a place, we need some space

Suka tak?

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all... :>

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Makin Hari Makin Sayang

Smile....... erm...sampai ke telinga senyum nyer...camtulah baru berseri...tambah berseri lagi kalau selalu duk singgah2 kat halaman saye ni...jemputlah ye jenguk2 perkabaran saye tp xde la smpi hidang kuih jemput2...



Monday 9 May 2011

Dia dan dia:Kutub Utara Kutub Selatan

Kerap sungguh air mata mengalir. Terlalu murah dirasakan sehingga tanpa segan silu ia bercucuran. Yang tidak enaknya, R menangis tidak kira tempat walau di tempat awam walhal dahulu tidak lah sebegitu sikapnya. Setiap kali pulang matanya merah dibasahi air mata.

Selama ini Dia adalah sumber keceriaannya bagi R. Sehingga kini Dia tetap sanjungan. Cuma R tidak mengerti mengapa kini Dia kerap mengatakan sesuatu yang mengusik hati R. Selepas dipujuk R akan disakat lagi dengan kata2 yang adakala mengguris.

Dia semakin hari semakin gemar melihat R menangis. Dia tahu R bukan pemarah orangnya dan akan cepat sejuk hatinya. Disebabkan itu Dia sering mencari idea untuk mengusik R. Adakala R hanya mendiamkan diri. Adakala R kelihatan menjeruk rasa. Pernah R buat tidak tahu pada Dia walaupun Dia menegur.

R cuba menenangkan diri. R tidak mahu dipermainkan lagi sedangkan R tahu kasihnya pada Dia tidak pernah luntur. R juga tahu Dia tetap sayang pada R. R dan Dia sukar untuk berpisah tapi untuk bersatu mereka belum pasti. Dia yang nakal, R yang mudah terasa. Mereka ibarat magnet Kutub Utara Kutub Selatan. Mempunyai tarikan antara satu sama lain tetapi seorang di utara seorang di selatan, bagaimana untuk bersatu?

Air Dicincang Tidak Akan Putus

Pagi Sabtu bermula dengan hujan yang turun dengan lebatnya sedari sebelum Subuh tadi. Wira bersiap ke tempat kerja namun terpaksa menunggu sehingga hujan sedikit teduh kerana dia perlu ke hentian bas berdekatan rumahnya untuk menaiki bas. Mujur hari Sabtu adalah hari cuti di pejabatnya namun dia perlu hadir untuk menyelesaikan satu laporan penting yang perlu dihantar awal pagi Isnin nanti.

Sementara menunggu, Wira membersihkan ruang dapur rumah yang agak bersepah tidak berkemas selepas digunakan malam tadi. Dia membersihkan sinki, menyusun pinggan mangkuk yang siap dicuci dan serba sedikit mengatur semula peralatan yang sudah digunakan. Wira selalu tiba lewat di rumah sewanya jadi dia menyiapkan makan malam ala kadar dan akan membersihkan pada keesokan paginya.

Wira sebenarnya menyewa bersama bekas teman sekuliahnya semasa menuntut di sebuah Universiti Utara Malaysia. Kini masing-masing sudah berkarier. Temannya Azim seawal pagi sudah keluar, juga ke tempat kerja. Azim bekerja separuh hari pada hari Sabtu.

Seusai berkemas ruang dapur, Wira kembali ke ruang tamu yang nampak kemas kerana jarang diusik oleh penghuninya. Wira memerhati keluar melalui pintu yang sengaja dibuka luas bagi memudahkannya melihat sama ada hujan sudah reda. Namun keadaannya masih serupa. Wira terfikir untuk berpayung, namun melihat hujan yang turun berserta angin dia membatalkan niatnya itu.

Sudah bertahun dia bekerja namun buat masa ini dia belum berhasrat untuk membeli kenderaan sendiri ditambah pula pinjaman pelajarannya dahulu masih banyak yang belum lunas. Dia berazam untuk membaiki kehidupannya juga keluarganya di masa hadapan.

Wira duduk dikerusi. Dia masih menunggu hujan reda sambil fikirannya menerawang kepada kisah lama yang menyebabkan dia terdampar sendirian di bandar ini. Dia mempunyai seorang kakak dan juga seorang adik lelaki. Sejak kecil mereka tidak rapat dengan mereka berdua tetapi kakaknya cukup baik dengan adik bongsu mereka. Mereka tetap sedarah sedaging maka kasih sayang kepada kakak dan adiknya tetap wujud disudut hati.

Selepas Wira tamat pelajarannya di Universiti Utara Malaysia dia berusaha mendapatkan pekerjaan namun terasa agak sukar baginya yang mempunyai kuputusan akademik yang kurang memuaskan. Sehinggalah dia ditawarkan bekerja sebagai telefonis di sebuah bank.

Disebabkan pekerjaannya itu, yang cuma berjawatan rendah dia dipandang rendah oleh kakak dan adiknya. Mereka menjadi semakin renggang. Mungkin pada pandangan mereka tiada apa yang boleh diharapkan dari Wira. Disebabkan itu, Wira sanggup bersusah sendiri walau kakaknya juga tinggal di bandar yang sama tika ini sedangkan adiknya masih menuntut di sebuah kolej di selatan tanah air.

Syukur ibu bapa Wira memahami penderitaan yang dialaminya. Kedua ibu bapa mereka sudah masak dengan perangai ketiga-tiga anak mereka itu. Mereka tahu suasana pasti akan berubah suatu masa nanti. Wira walaupun berpendapatan sederhana, dia seorang yang berjimat cermat. Dia tetap mengagihkan sebahagian pendapatannya untuk keluarganya. Namun usahanya itu dipandang remeh dan diperkecilkan oleh kakak dan adiknya. Wira tahu dia tidak boleh terlalu berkecil hati. Dia tahu kemampuan dirinya. Dia yakin dia mampu merubah taraf kehidupannya di masa hadapan.

Tiba-tiba Wira tersentak. Terasa gegaran di poket kanan seluarnya. Segera diambil telefon bimbit dan dikeluarkannya. Didapati 5 panggilan dari rumah ibu bapanya tidak berjawab. Lantas segera Wira mendail nombor tersebut. Hatinya dirusuh kebimbangan. Dia berdoa di dalam hati agar dijauhkan dari perkara yang tidak menyenangkan hati. Panggilan di hujung talian berjawab. Kedengaran suara serak bapanya memberi salam. Selepas mengetahui Wira yang menghubungi segera dimaklumkan tentang kecelakaan yang menimpa adiknya di asrama kolej.

Adik Wira, Wafi dilanggar sebuah motor ketika berjalan ke tempat motor pemberian kakaknya diparkir. Mujur penunggang tersebut berhenti untuk membantu. Wafi segera dibawa ke hospital terdekat. Lukanya tidak parah tetapi Wafi masih belum sedarkan diri. Doktor yang memeriksa memaklumkan Wafi mungkin terperanjat namun keadaannya stabil.

Wira memaklumkan bapanya yang dia akan segera melawat adiknya itu dan meminta supaya ibu dan bapa mereka tidak terlalu bersusah hati. Wira akan memaklumkan sebarang perkembangan tentang Wafi nanti.

Selepas seminggu di hospital, Wafi dibenarkan pulang dan diberi cuti tambahan. Wafi dibawa pulang ke rumah ibu bapanya. Wafi merasa terkilan dan menyesal kerana memperlekehkan abangnya Wira selama ini sedangkan Wira lah yang banyak membantu ketika dia ditimpa kesusahan. Kakaknya yang turut sama berkumpul sekeluarga juga menyesali kerana telah meminggirkan Wira selama ini. Sebenarnya dia berasa cemburu pada Wira kerana merasakan kedua ibu bapa selalu melebihkan adiknya itu. Kedua ibu bapa merasa senang melihat mereka saling bermaafan. Mereka tahu air dicincang tidak akan putus dan kemalangan yang menimpa Wafi merupakan satu hikmah yang tidak ternilai buat mereka sekeluarga.