We need a place, we need some space

Suka tak?

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all... :>

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Makin Hari Makin Sayang

Smile....... erm...sampai ke telinga senyum nyer...camtulah baru berseri...tambah berseri lagi kalau selalu duk singgah2 kat halaman saye ni...jemputlah ye jenguk2 perkabaran saye tp xde la smpi hidang kuih jemput2...



Friday 22 July 2011

Mak lang sakit perut bila berborak dngn Maisyurah



Mak lang tipon syurah kat kg nk wish bzz day utk si kenit yg berumur 4 thn ari ni. Tapi syurah xkenal suara mak lang sbb suara rockers sudaaa..

Syurah: sape ni?
Maklang: Maklang lah ni, syurah xkenal malang eh.
Syurah: oh maklang rupenye...ingt sape td.
Maklang: ye la, mak lang ni. Maklang nk ucapkn selamat hari lahir kat maisyurah. maklang nk nyanyi ni, maisyurah dngr tau.
SYurah:ok....

maklang mula nyanyi lagu happy bzzday smpi abis

SYurah: waaah....maklang nyanyi...jngn lupa bg maisyurah hadiah yg besar2 tau yang tertinggi sekali (ape yg trtinggi ek, maklang dh confuse la mama Eyda Talib)
maklang: hah...syurah nak hadiah ape?
SYurah: ape-ape je lah. pastu dngn kek jugak tau yg paliiiiiiiing murah sekali sebab maisyurah xsuke kek yg mahal....
Maklang: haaaa....kek yg murah??? aduyai... (Kasih Selumbar Khairul Amri)
syurah: aah...betul tu.
Maklang: oklah nnt maklang tngk la ape2 yg murah
syurah: yelah tu...
Maklang: betul lah. eh hadiah maklang pun maisyurah x bagi lagi ari tu.
syurah: nntilah maisyurah xtau mak lang nak ape.
maklang: yelah tu
syurah: eh itu ayat maisyurah, maisyurah je blh guna.....
maklang: ?????? hahahahaha....

Sunday 17 July 2011

Giler Novel.....memang lentok habis

Assalamualaikum wbt...dan salam sejahtera buat semua sebagai pembuka bicara.


Rerasanya sejak macam2 kempen oleh kerajaan tentang kebaikan dan kepentingan membaca, nak nak pulak sesiapa yg membeli bahan bacaan dan menyimpan resitnya dapat mengurangkan kadar income tax...makin ramai rakyat Malaysia yang berjinak2 dengan bahan bacaan.
Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad-Jalan penceritaan yang cukup berat namun tetap aku minati.

Buat diriku yang memang dah sedia giler novel ni tak payah cakap lah...setiap bulan mesti ade peruntukan untuk membeli buku atau novel. Yang paling best sempena sambutan hari lahir ku bulan lepas, majikan memberikan baucer MPH sebanyak RM30. Jadiklah...lepas gak aku nak beli novel 1-2buah...xtunggu lama 2 hari selepas dapat baucer terus pegi MPH di MidValley.

Kat sini aku kongsikan beberapa novel-novel yang menjadi milikku...









Ini pula adalah antara novel terawal yang aku beli di zaman sekolah rendah dulu.


Dahulu aku mana la de budget nak beli buku. Jadi perpustakaan sekolah la jadi mangsa tempat aku melepak. Aku pernah ade sampai 3 kad perpustakaan semata2 nak pinjam buku lebih dari limit yang dibenarkan.
Beg sekolah penuh dengan buku yang aku pinjam selain buku teks sekolah yang memang wajib di bawa mengikut jadual (mujur ada jadual waktu anjal diperkenalkan).


Giler novel...kaki novel...ulat buku...ape-ape je lah. Janji aku dapat membaca. Pada awal permulaan minat membaca aku pada buku2 adventure penyiasatan seperti siri Hardy Boys & Nancy Drew...ade jugak Tujuh Penyiasat..5 Penyiasat...sampaikan bila cikgu tanya bila dah besar nanti nak jadi apa..aku memberi jawapan POLIS. Tapi la ni walau masih minat pada siri adventure dan penyiasatan di kaca tv tak terfikir plak aku nak jadi polis. Cuma terbit rasa kekaguman dengan kepakaran dan kebolehan setiap karektor menyelesaikan misteri-misteri dan kes2 yang adakala diluar jangkaan.

Hah...yang ni plak...dulu aku tak pernah kenal Harry Porter pun. Ade orang duk sebut2 tapi aku tak endahkan pun. Sampailah satu hari tu aku nampak novel tebal Harry Porter siri Piala Api di Popular yang biasa aku kunjungi. Uih...sejak dari masa tu terus jadi minat pada Harry Porter. Tapi honestly, aku lebih prefer baca novel dari tengok filem. Aku rasa tak puas lah sebab dalam filem dah dipadatkan hinggakan ada babak yang menarik di dalam buku tp menjadi hambar di dalam filem. Ape pun setiap orang ade minat dan pendapat masing2.

Minta maaf cakap lah ye...aku kalau bab novel2 ni memang sayang giler. Ada beberapa novel aku yang hilang dari dalam simpanan. Aduhai bila kusedari, rasa nak gugur jantung ni. Apakan daya, ada plak yang meminjam tapi tak reti nak pulangkan semula. Lagi lah hangin dan hangit satu badan....tu lah harta yang aku ade pun.

Sekarang nih aku tengah membuat collections karya Ramlee Awang Murshid. Pengarang kisah thriller. Novel beliau yang pertama aku baca adalah Satu Janji, yang cukup menyentuh hati. Sejak dari masa tu aku follow setiap karya baru dia. Cuma takdelah aku on the spot beli.
Satu Janji oleh Ramlee Awang Murshid



 Ada lagi beberapa hasil karya beliau. Insyaallah, akan aku kongsikan satu persatu di lain entry.
Karya Ramlee Awang Murshid-Mandatori_agak berat penulisannya hinggakan aku terpaksa mengambil masa yang lama dan memerlukan pembacaan berulang.


9 Nyawa, xpuas lagi membacanya
Di awal pembacaan aku dulu, jika tak silap lebih ramai penulis lelaki berbanding wanita. Tidak seperti hari ini, para penulis wanita muncul dengan pelbagai idea dan kisah yang tidak kurang hebatnya. Aku masih ingat barisan2 penulis lama seperti Rejab FI (aku pernah berkunjung ke rumahnya -lawatan sambil belajar Kelab Penulisan KMKN di Perlis), Othman Putih, Abdul Talib Hassan dan ramai lagi yang menjadi kegemaranku. Aku turut meminati Khadijah Berahim, Sharifah Abu Salem, Liana Afiera Malek dan beberapa lagi penulis wanita.

Aku bukan lah tertumpu pada novel2 fiksyen macam ni je. Aku minat gak baca buku hikayat. Guru Bahasa Melayu ku semasa di STTJ, Pn Zainah pernah pinjamkan aku Hikayat Merong Mahawangsa dan beberapa buku hikayat lagi. Memang seronok. Kegilaan aku ni membawa aku untuk memiliki Sulalatus Salatin.
Sulalatus Salatin
Aku mengimpikan untuk membina sebuah mini perpustakaan di dalam rumahku. Insyaallah, semoga tercapai impianku ini. Satu-satunya kegemaranku ini mudah-mudahan akan dapat diteruskan, malah akan bercambah untuk bentuk penulisan yang lain pula.

Saturday 16 July 2011

Auto....

Assalamualaikum wbt n salam sejahtera sekalian hamba Allah...
de mickey mouse lagi tuh...de sorang classmate kate aku tembam mcm mickey mouse bl aku senyum...

Selama seminggu di minggu yg lepas...aih...berape banyak minggu daaaa..... nk lebih tepat dari 3hb hingga 10hb Julai 2011 aku diberi MC slps 3 hari duk dalam wad.

Ni bukan nk citer pasal cuti yg panjang tu tp nk citer ape yg aku buat utk mngisi ms yg terasa lama nk habiskn seminggu yg diberi. Selama tempoh seminggu tu aku berada di kampung halaman nan indah dan permai. Tengah duk duduk2 terpanggil pulak rasa nk jenguk2 rak buku yang menempatkan novel2 serta buku2 teks yang digunakan di masa jihad menimba ilmu dahulu. Huh tak sangka plak...bnyk gak novel2 yg dah menjadi milikku. Buku teks...makaih tebalnye...xsangka itu yg aku duk telek selama 4 thn dahulu.
Namun yang buat aku jadi teruja tu sebab ternampak kelibat buku autograf yang comel lote hasil tangan aku sndiri n telah diberi kebenaran buat teman taulan kenalan untuk diconteng..(ade yg koyak tuh...koyak cantik2 xpe) di tampal n whatsoever lah...
minatku melukis Sham (aku dalam blues) semasa prep...huhuhu...

mukadimah auto pertama

mukadimah auto kedua

Hui bukan main menarik lagi. Macam2 lah diorang goreng dalam tu yang separuh masak, terlebih masak sampai hangus pun ada.
Shad-thanks for the Amir pics

syikin...tima kasih sudi menjadi sebahagian dari kenangan akak

kak sha yang comel...very simple person

ijan...best memory with u...xsngka ustazah ni nakal hahaha...

syikin lagi...hehehe

nasihat yang xleh dilupakan...

Apepun itulah catatan kenangan aku dengan sebahagian mereka yang pernah bersama2ku dulu....so aku nak share gak lah betapa kreatif n inovatifnyer la kitorang ni...haahahaha...setiap org kan ade bakat n kelebihan tersendiri...
Check it out.......

Salah satu autograf ni ditampal dengan gambar penyanyi yang aku minati suaranya disatu tika dulu. Hingga kini aku masih meminati cuma aku kurang mendengarkan lagu2 dendangannya....teman2 setilam sekatil sebantal sepinggan ku di Charisma Academy sedia maklum hal ni. x kurang yang dengan susah payah mendapatkan gmbar2 terkini dan juga lagu2 untuk ditampal/ ditulis di dalam auto yang menjadi antara kenangan yang sungguh indah. thanks u all...
Tak semua dapat aku sertakan di sini.
Banyak lagi, boleh dikatakan setiap page aku dah snap gmbarnya...cuma kut panjang berjela plak entry kali ni penuh ngan gmbr. Anyway...teman taulan semua yang pernah mencoretkan kata2 indah, nasihat, malah lepas geram...aku hargai n ucapkan bebanyak terima kasih. Antara kenangan terindah dalam hidupku bersama kalian di bumi Allah ini. Alhamdulillah.