Hai hai hai....entry kedua Red pagi nih.
Hati berbunga-bunga dah lama sebenarnya. Tapi baru hari ni Red berkesempatan nak share apa yang best sangat nih.
Red memang bangga gak lah sampai kembang-kembang dah hidung yang tak berapa nak mancung nih. wahahaha...
First of all Red nak ucapkan terima kasih pada dua selebiriti ni yang telah menekan butang 'LIKE' pada Makin Hari Makin Sayang milik Red untuk semua.
Tak caye..cuba tengok bawah nih.
Red baru je mengenali mereka berdua yang adalah merupakan peserta Masterchef Malaysia yang pertama. Dan baru-baru ini Dr Ezani telah dinobatkan sebagai juara Masterchef Malaysia yang pertama 2011. Sejak kali pertama Red follow rancangan nih Red memang minat sangat dengan persembahan Ezani. Red pun memang suka memasak. Baru-baru ni dapat resepi best dari kawan yang baru dikenali. Dah cuba memang mudah memang marveles. Tapi tentunya belum sehebat resepi Dr Ezani dan Kak Sya serta perserta-peserta Masterchef yang lain. Ape pun tahniah di atas kejayaan Dr Ezani.
Bagi Kak Sya pula, memang Red follow beliau dari rancangan yang sama. Red tertarik untuk mengenali Kak Sya kerana beliau adalah seorang penulis dan Red bercita-cita ingin menjadi penulis juga. Kiranya Red nak berguru dengan Kak Sya lah nih. Boleh ye Kak Sya.....??? ;> Oh ye Kak Sya, tahniah juga di atas kelahiran
Red nak tunjuk kat bawah nih..bukan apa bagi Red lebih bersemangat untuk sharing and caring...
Red jadikan ia sebagai kenangan, cabaran, kebanggaan, serta saingan yang sihat.
Red dah lama dah create page nih. Page ni Red namakan nama yang sama dengan blog Red ni sebab Red nak ada kesinambungan antara kedua-duanya.
........................................................................................................................................................
Red dah mulakan...Red nak capai impian Red. Red pasti usahakan yang terbaik. Insyaallah. Sila beri tunjuk ajar. Sila sokong Red ye... terima kasih semua. Alhamdulillah. ;>
Red harap sokongan semua dengan like page Red nih. Like juga entry Red yang disukai...kalau boleh komen lah juga ye. Jumpa lagi.
