We need a place, we need some space

Suka tak?

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all... :>

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Makin Hari Makin Sayang

Smile....... erm...sampai ke telinga senyum nyer...camtulah baru berseri...tambah berseri lagi kalau selalu duk singgah2 kat halaman saye ni...jemputlah ye jenguk2 perkabaran saye tp xde la smpi hidang kuih jemput2...



Tuesday 15 May 2012

Today's advice:Count Your Blessing, Not Your Trouble

Pernah dengar pepatah 'hendak seribu daya' kan? Tentu juga pernah dengar firman Allah yang bermaksud ' Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubahnya'.
Dalam kehidupan kita, diakui pasti ada dugaan dan halangan di dalam setiap pekerjaan yang hendak dilakukan. Justeru kita selalu rasa mengalah dan putus asa serta merasakan yang ia tidak akan berjaya. Mengapa?
Bukankah Allah menguji kita bersesuaian dengan kemampuan kita. Kita boleh berjaya selagi kita mahu. kita boleh berjaya kerana kita mampu. Gunakan apa yang kita miliki secara optima. Bukannya mengira sumber yang tidak kita miliki. Jika tidak memiliki sesuatu, pasti ada sumber lain yang boleh kita aplikasikan. Red rasa ini bertepatan dengan ' today's advie ke-2 yang Red perolehi dari botol comel Red... "COUNT YOUR BLESSING, NOT YOUR TROUBLE".



Red suka petikan dari Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah yang Red kongsi di Facebook,

 "Assalamualaikum sahabat yang dikasihi. Moga Allah rahmati kita semua. Ada seorang yang alami excident dan menjadi lumpuh. Lima tahun kemudian dia berjaya dan menjadi jutawan. Bila ditanya rahsianya, dia menjawab, 'MASA SIHAT SAYA DAPAT LAKUKAN 1000 PERKARA, BILA SAYA LUMPUH SAYA TIDAK DAPAT BUAT 100 PERKARA TAPI MASIH BOLEH LAKUKAN 900 PERKARA. SAYA BOLEH PILIH UNTUK FOKUS KEPADA  100 PERKARA YANG TIDAK MAMPU SAYA LAKUKAN ATAU KEPADA 900 PERKARA YANG SAYA MAMPU LAKUKAN WALAU SAYA LUMPUH?' Bagaimana dengan kita? 
Fokus kepada masalah dan kekurangan kita akan sengsara dan gagal, sebaliknya bila kita fokus kepada kekuatan dan kebolehan kita, pasti kejayaan dapat ditempa."
Nampaknya  Red mendapat nasihat yang bertepatan untuk diri Red kali ini seperti juga nasihat yang pertama.
Sekian, yang sempurna itu milik Allah dan yang lemah itu dari diri Red sendiri.


Sunday 13 May 2012

Today's advice:Be a 'DO IT NOW' person

Apa khabar semua? Red harap semua sihatlah ye. Pepagi buta nih tetiba je terasa nak buka peti botol nasihat Red yang comel dan kalerful colourful nih....(jangan sebab nak vogue sangat sampai kucar-kacirkan bahasa yang indah plak ye.... :p).  Eh, itu bukan nasihat yang Red dapat dari botol nih....hihihi. Yelah kan sambil nak berkarya pun kenalah jaga tatasusila dan tatabahasa kenyataan kita.
Mulanya Red fikir nak cabut tiga nasihat je, tetapi memandangkan geram dengan lima colour yang semuanya menarik hati hinggakan jemari comel Red nih pun teruja, jadinya lima keping nasihat bakal dititipkan dan dikongsikan lagi. Wah!!! Hebatnya nasihat kali ini....cuma Red harap Red boleh ambil dan mulakan plan tindakan. (itulah, yang pergi ambil lima keping tadi siapa suruh....hah kan kan kan dah kena....). Siapa yang kena? RED jugak.... huhuhuhu...

Okeylah...mari Red kongsikan lima nasihat-nasihat untuk Red tuh...siapa tahu mungkin kalian pun boleh ambil untuk diri sendiri. :
1.Be a 'DO IT NOW' person .....memang sah terkena batang hidung yang kaki bertangguh nih. Alamak kantoi sudaaaa!!! Memang bertangguh nih bukan perkara yang agak positif. Cuma Red perasan tentang diri Red nih, Red boleh menjadi lebih kreatif dan banyak idea apabila berada dalam tekanan. Jadi apa kaitannya pula tekanan dan tidak bertangguh ni. Dah tentu kaitannya ada iaitu melibatkan masa. Ada pekerjaan yang Red suka buat last minute, jadi Red akan berperang dengan masa yang mana akan mewujudkan tekanan. Dah faham sekarang mengapa ada kala Red bertangguh.? Tapi ye kengkawan, dari segi lain Red dah prepare dulu ye, seperti bahan-bahan yang diperlukan. cuma perlaksanaannya sahaja  yang Red tangguhkan.  Agaknya nasihat pertama ni Red boleh abaikan tak? Dah tentu tidak. Sebab memang ada perkara yang sama sekali tidak boleh diterima andainya kita bertangguh.  Jadi apa tunggu lagi, jangan bertangguh untuk perbaiki diri manjadi yang lebih baik dari hari semalam. Ayuh sama-sama muhasabah diri kita.


#makin hari makin sayang#.