Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua
Nak la share ngan kome2 ni experience teman menjalani prosedur MRI baru2 ni. Prosedur ini dilakukan untuk mendapatkan keputusan lebih jelas dan terperinci setelah keputusan x-ray dan ct scan agak meragukan atau kurang jelas pada bahagian2 tertentu yang amat penting untuk dipastikan untuk pembaikan (dalam kes teman ni la).
MRI ini berlangsung selama 20 minit menurut staff di makmal tersebut. Tetapi disebabkan ada beberapa fungsi yang didapati gagal berfungsi, maka prosedur ditangguhkan sementara.
Macam biasa kalau nak menjalani prosedur x-ray dan ct scan tentu kena tukar baju sarung ikat belakang (yang agak seksi tu)...sama juga lah dengan MRI. Setelah siap berpakaian teman dibawa masuk ke makmal. Teman disuruh baring ditempat yang disediakan. Best part bila teman dipasangkan headphone di kepala. Tiba2 kedengaran dendangan lagu-lagu Inggeris. Rasa syok pulak. Teman ingat lagu-lagu akan dipasangkan sepanjang prosedur dijalankan. Maklumlah 20 minit duk terperap dalam terowong tu. Rupa-rupanya sementara je. Sepanjang prosedur teman hanya ditemani bunyi2 mesin ala2 mesin rumput pun ada, blander pun ye....ish ish ish...sebenarnya bunyinya ok lagi dari bunyi yang teman sebutkan tu cuma teman tak dapat nak pastikan bunyi yang serupa dengan tepat.
Oh ye, sebelum tu teman disuruh minum air sebanyak dua cup. Bila dah sampai dalam makmal, petugas makmal asyik tanya ada rasa nak kencing tak. Dah tentulah teman jawab tak, sebab masa tu baru lepas minum.
Petugas makmal akan terangkan proses yang dilakukan dan memaklumkan akan menambahkan suntikan cecair (teman tak ingat pulak namanya) yang digunakan untuk mendapatkan gambar yang lebih jelas. Namun ini bergantung kepada komposisi cecair dalam badan dan hanya atas arahan doktor yang bertanggungjawab. Bagaimanapun kebenaran pesakit adalah diperlukan dan satu borang perlu ditandatangani.
![]() |
Inilah alatan/ mesin MRI |

Suka nak share pada yang mungkin tak tahu atau belum tahu, teman pun baru tahu. MRI ni takde radiation. Jadi boleh la buka mata masa dalam terowong tu. Semasa permulaan masuk terowong sahaja kita disuruh tutup mata.
Teman nak juga share info ni, kalau anda2 semua bakal menjalani prosedur ultra-sound, x-ray, ct scan, atau MRI untuk bahagian abdomen (bahagian lain teman tak pasti la plak), pundi kencing penuh adalah digalakkan supaya gambaran dapat dilihat lebih jelas. Tapi biasanya untuk CT Scan anda akan diminta untuk 'clear'kan pundi kencing dan diberi minum 2 cup air berwarna oren (ala2 air oren tapi rasanya manis2 pahit). Selepas minum air ini anda tidak dibenarkan buang air sehingga prosedur selesai.
Huh....part paling dahsyat ialah nak tahan air kencing. Sungguhlah tak selesanya.
Oh ye de berita yang agak menggembirakan teman selepas sesi cunsult bersama doktor, keputusan darah teman dah menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Doktor pun sangat gembira. Jadi doktor galakkan teman teruskan rawatan ini dengan sebaiknya. Doktor nasihatkan teman supaya elakkan susu(takut kalau susu dari haiwan yang pregnant-pnyumbang hormon estrogen terbanyak), makanan berasaskan soya, dan beberapa makanan lain sperti ayam (ayam yang disuntik), ayam kampung takpe. Teman yakin teman boleh sembuh, usaha dan doa kerana Allah itu Maha Berkuasa. Dia yang mendatangkan penyakit Dia jua yang mengurniakan penawarnya.
Okey...till then....enjoy your day ahead..... smile always dan jaga kesihatan ya...mencegah lebih baik dari merawat. ;>
Jumpa lagi, Insyaallah.