We need a place, we need some space

Suka tak?

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all... :>

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Makin Hari Makin Sayang

Smile....... erm...sampai ke telinga senyum nyer...camtulah baru berseri...tambah berseri lagi kalau selalu duk singgah2 kat halaman saye ni...jemputlah ye jenguk2 perkabaran saye tp xde la smpi hidang kuih jemput2...



Sunday 11 September 2011

Terujanya....MRI....


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua

Nak la share ngan kome2 ni experience teman menjalani prosedur MRI baru2 ni. Prosedur ini dilakukan untuk mendapatkan keputusan lebih jelas dan terperinci setelah keputusan x-ray dan ct scan agak meragukan atau kurang jelas pada bahagian2 tertentu yang amat penting untuk dipastikan untuk pembaikan (dalam kes teman ni la).

MRI ini berlangsung selama 20 minit menurut staff di makmal tersebut. Tetapi disebabkan ada beberapa fungsi yang didapati gagal berfungsi, maka prosedur ditangguhkan sementara.

Macam biasa kalau nak menjalani prosedur x-ray dan ct scan tentu kena tukar baju sarung ikat belakang (yang agak seksi tu)...sama juga lah dengan MRI. Setelah siap berpakaian teman dibawa masuk ke makmal. Teman disuruh baring ditempat yang disediakan. Best part bila teman dipasangkan headphone di kepala. Tiba2 kedengaran dendangan lagu-lagu Inggeris. Rasa syok pulak. Teman ingat lagu-lagu akan dipasangkan sepanjang prosedur dijalankan. Maklumlah 20 minit duk terperap dalam terowong tu. Rupa-rupanya sementara je. Sepanjang prosedur teman hanya ditemani bunyi2 mesin ala2 mesin rumput pun ada, blander pun ye....ish ish ish...sebenarnya bunyinya ok lagi dari bunyi yang teman sebutkan tu cuma teman tak dapat nak pastikan bunyi yang serupa dengan tepat.

Oh ye, sebelum tu teman disuruh minum air sebanyak dua cup. Bila dah sampai dalam makmal, petugas makmal asyik tanya ada rasa nak kencing tak. Dah tentulah teman jawab tak, sebab masa tu baru lepas minum.

Petugas makmal akan terangkan proses yang dilakukan dan memaklumkan akan menambahkan suntikan cecair (teman tak ingat pulak namanya) yang digunakan untuk mendapatkan gambar yang lebih jelas. Namun ini bergantung kepada komposisi cecair dalam badan dan hanya atas arahan doktor yang bertanggungjawab. Bagaimanapun kebenaran pesakit adalah diperlukan dan satu borang perlu ditandatangani.
Inilah alatan/ mesin MRI
Memandangkan prosedur ini mengambil masa yang agak lama dan berperingkat, kenalah teman sabarkan diri. Sebelum 3 step yang terakhir teman diberikan suntikan yang disebutkan tadi. Masa tulah teman mula rasa nak terkencing yang teramat sangat. Nak je tekan bell yang deletakkan dalam genggaman teman. Tapi bila duk fikir yang teman tidak akan dibenarkan buang air jadi teman tahan je. Masa tu lah teman rasa nafas teman pun dah tak teratur dan pesanan supaya jangan bergerak semasa prosedur itu teman tak dapat nak ikut. Mujur la bahagian badan dan tangan teman di 'gari' supaya tidak bergerak. Kalau tak, mahu gak teman bangun dari terowong tu. Selepas jenuh menanti semuanya selesai, akhirnya saat yang dinantikan tiba jua. Kedengaran suara petugas melalui headphone memaklumkan teman akan dikeluarkan dari terowong. Sebaik teman dikeluarkan, belum sempat teman maklumkan rasa tak tahan nak buang air kecil, petugas tersebut dah bertanya dulu...'nak buang air ye?'....ha...tau pun...rasa dah kembung pundi kencing teman. Jadi, petugas maklumkan semua dah selesai, cuma perlu tunggu result dalam 2 jam.Aduh....lamanya.
Antara yang menarik, semasa teman dibaringkan ditempat yang disediakan...disiling makmal tersebut ditampalkan gambar langit yang biru serta terdapat bahagian dahan2 pokok berdaun diliputi salji. Mudah untuk dibayangkan, andaikan gambar diambil dari angel bawah pokok menghadap ke langit. Sejuk mata memandang membawa ke hati. Tapi bila dah masuk dalam terowong takde plak pemandangan yang menarik...

Suka nak share pada yang mungkin tak tahu atau belum tahu, teman pun baru tahu. MRI ni takde radiation. Jadi boleh la buka mata masa dalam terowong tu. Semasa permulaan masuk terowong sahaja kita disuruh tutup mata.

Teman nak juga share info ni, kalau anda2 semua bakal menjalani prosedur ultra-sound, x-ray, ct scan, atau MRI untuk bahagian abdomen (bahagian lain teman tak pasti la plak), pundi kencing penuh adalah digalakkan supaya gambaran dapat dilihat lebih jelas. Tapi biasanya untuk CT Scan anda akan diminta untuk 'clear'kan pundi kencing dan diberi minum 2 cup air berwarna oren (ala2 air oren tapi rasanya manis2 pahit). Selepas minum air ini anda tidak dibenarkan buang air sehingga prosedur selesai.

Huh....part paling dahsyat ialah nak tahan air kencing. Sungguhlah tak selesanya.

Oh ye de berita yang agak menggembirakan teman selepas sesi cunsult bersama doktor, keputusan darah teman dah menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Doktor pun sangat gembira. Jadi doktor galakkan teman teruskan rawatan ini dengan sebaiknya. Doktor nasihatkan teman supaya elakkan susu(takut kalau susu dari haiwan yang pregnant-pnyumbang hormon estrogen terbanyak), makanan berasaskan soya, dan beberapa makanan lain sperti ayam (ayam yang disuntik), ayam kampung takpe. Teman yakin teman boleh sembuh, usaha dan doa kerana Allah itu Maha Berkuasa. Dia yang mendatangkan penyakit Dia jua yang mengurniakan penawarnya.

Okey...till then....enjoy your day ahead..... smile always dan jaga kesihatan ya...mencegah lebih baik dari merawat. ;>

Jumpa lagi, Insyaallah.

Thursday 8 September 2011

Apa pilihan yang ku ada

Salam sejahtera....Assalamualaikum semua

Ape nk citer nih...cer citer...aik...
Leh tak kalau nak merepek je dlm entry kali nih. Aku tengah penin memikirkan... bkn setakat penin malah dah penat nk fikir...
Td ku berbincang dengan temanku. Persoalan yang diutarakan memang x dinafikan kebenarannya. Namun aku rs penat kerana dia lebih terdorong utk mmikirkan kemungkinan2 yang buruk lebih dari yang baik.
Katanya yang buruk tu dari diri kita, yang baik tu dari Allah.
Walaupun begitu takkanlah sampai xde satu pun perkara baik n positif yg boleh difikirkan.
Tu yang buat otak aku penat tu...

Bukan apa...kalau nak buat sesuatu perkara memang la kena fikir mcm2...tp dua2 buruk baik utk dipertimbangkan. Bukan setakat yg buruk je. Kalau camtu camne nk maju. Kalau asyik fikir buruk je mcm mn nk mulakan langkah.

Penat dah aku ....xpasal membebel dah ni.

So mulai saat ini terpaksa la aku fikir....apa pilihan yang aku ada...untuk teruskan atau untuk ubah keputusan kami. Apa yang perlu dilakukan seterusnya...

Apa pilihan yang aku ada untuk teruskan hidup, untuk perbaiki hidup ini....
Tetiba teringat lagu...I will survive...I will survive...lalalalala....

K la nak chow...td duk survey pasal Pembiayaan Ujrah-PTPTN...penin gak pasal de problem nak buka attached dokumen...lain kali la aku try semula...tak kuasa nak pening2 kepala...

Till then...wassalam... senyum sokmo walau pun tngh penin tau.... ;>

Tuesday 6 September 2011

Apa kes raya kat spital...

Assalamualaikum wbt.....n salam sejahtera..


Pekabo sumer.....dh mule kije ke? ke xkije....sambung cuti lagi slps sminggu Syawal bermula.
Camne raye tahun ni? tentu meriah kan. xkurang ade yg mnyambut sesederhana mungkin.



Semalam, hari pertama mula kije slps sminggu cuti. Waktu rehat pi la jumpa teman2. Borak ngan sorang kakak ni yg boleh kata sekampung gak la. Tahun ni katanya beraya kat KL je. Xdapat balik Bahau katanya. Rupanya temankan mak mertua yang beraya di hospital. sdh beberapa minggu sejak Ramadhan mereka di sana menemani bonda tercinta. Kakak N kata emak mertuanya mhidap kanser. Terkejut juga apabila diberitahu yang doktor menjangkakan hayatnya x lama. Semoga Allah permudahkan segalanya dan mngurniakan yg terbaik buat beliau.

Sejak bermenjak ni asal jumpa atau borak ngan member je aku duk pesan jaga kesihatan. yelah, aku dh alami atau lbh tepat sdg mengalaminya. aku percaya inilah qada dan qadar yang Allah tentukn. semuanya pasti ada hikmahnya. Kisah di atas turut menyentuh hati. Apa taknya aku sendiri nyaris2 beraya di hospital.

Setiap kejadian adalah perancangan terbaik Allah. Bersama2lah kita muhasabah diri.

Ok...minta diri dulu. Ada urusan yang perlu dibereskan...cpt selesai cepat balik umah. Semoga lancar setiap urusan, Insyaallah.

Jumpa lagi.