We need a place, we need some space

Suka tak?

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all... :>

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Makin Hari Makin Sayang

Smile....... erm...sampai ke telinga senyum nyer...camtulah baru berseri...tambah berseri lagi kalau selalu duk singgah2 kat halaman saye ni...jemputlah ye jenguk2 perkabaran saye tp xde la smpi hidang kuih jemput2...



Showing posts with label Nukilan. Show all posts
Showing posts with label Nukilan. Show all posts

Saturday, 15 October 2011

Rumput VS Orang Yang Disayangi

Assalamualaikum....suka saya berkongsi kisah ini yang saya dapat dari e-mail yang dihantar oleh seorang teman beberapa tahun lalu. Terima kasih buat pemilik tulisan ini (yang tidak saya ketahui). Kisah yang amat baik dan menarik sebagai motivasi kita dalam mencari dan mengamalkan kasih sayang.




----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada suatu pagi di sebuah sekolah ada seorang pelajar bertanya gurunya di dalam kelas. Pada hari itu guru tersebut membincangkan tentang kasih sayang.

P: Cikgu, bagaimana kita nak pilih seorang yg tbaik sbg org yg paling kita sayang? Bagaimana kasih sayang itu blh berkekalan?
G: Oh, awak nak tahu caranya? Baiklah, tetapi awak perlu lakukan sesuatu yang mungkin kamu akan dapat jawapan darinya.
P: Baiklah,apa yang saya perlu lakukan?
G: Kamu pergi ke padang sekolah. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput yang di depan kamu. Pilih yang mana paling CANTIK tanpa menoleh ke belakang semula. Kamu petik rumput yang telah kamu pilih itu dan bawa kembali ke kelas.
P: Baiklah, saya pergi sekarang.

Tidak lama kemudian, pelajar tersebut kembali ke kelas tanpa membawa rumput yg dimaksudkan.

G: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
P: Tadi saya berjalan di atas rumput-rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya mencari rumput yang paling cantik. Memang ada banyak rumput yang cantik tetapi cikgu suruh saya pilih yang paling cantik. Maka saya terus berjalan ke depan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Sebaik sampai di hujung padang saya tidak bertemu rumput yang paling cantik yang cikgu maksudkan. Mungkin ada disepanjang pencarian saya tetapi saya tidak boleh berpatah semula seperti arahan cikgu. Kerana itulah tiada rumput yang dapat saya petik.

G: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita bertemu seseorang yang kita suka dan sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada bersama kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan perkara yang berlalu tidak akan berulang lagi. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak dugaan dan perkara yang menggugat keharmonian perhubungan tersebut. Dan ingatlah bahawa orang yang kita sayang itulah yang paling cantik dan terbaik untuk kita walaupun mungkin kita bertemu dengan ramai lagi yang cantik dan baik seperti pencarian rumput tadi. Melainkan perhubungan itu benar-benar tidak dapat diselamatkan, maka barulah kita mulakan sebuah perhubungan yang baru. Sayangilah insan yang berada bersama kita, hargai sebaiknya dengan tulus dan ikhlas.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, 11 October 2011

Arus.....menagih keyakinan dan keberanian

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua ;>

Ceria x hari ni? Ceria-ceriakan lah diri sementara masih bernafas.
Ceria tu ceria juga, jangan lupa lahirkan rasa kesyukuran kita pada kasih sayang Allah untuk sekalian makhluknya. Banyak sungguh nikmat yang telah dikurniakannya buat kita semua (mengingatkan diri sendiri yang juga adakala terleka dan lalai).

Hari ni rasa nak share satu kisah yang pernah kulalui. Macam2 perasaan masa tu. Ikutilah kisah ku ini.

___________________________________________________________________________
Saat aku diberitahu yang kami semua akan dilepaskan, dibiarkan terapung di dalam sungai sejauh lebih kurang 200 meter, hatiku terus berkata...habislah aku. Dan tika 'guide' yang terdiri daripada beberapa orang lelaki tika itu memberi kelonggaran kepada sesiapa yang tidak mahu menyertai aktiviti 'floating' itu boleh terus berada di atas rakit, aku merasa cukup lega seolah-olah aku diberi semula nyawa yang terbang entah ke mana sebentar tadi. Apatah lagi apabila ada beberapa peserta yang turut tidak yakin untuk melakukan 'floating'. Pada mulanya kami berpakat untuk tinggal bersama, namun selepas beberapa orang mengubah fikiran memandangkan itulah peluang yang bukan mudah untuk diperolehi maka aku dengan rasa berbelah bahagi turut mengubah fikiranku.

Lantas aku segera mengemaskan jaket keselamatan. Kulihat seorang demi seorang peserta telah dilepaskan. Ada yang menujukkan kegirangan ada yang menunjukkan rasa cemas. Malah ada yang begitu teruja dengan pengalaman baru yang 'adventure' ini. Tiba giliranku dilepaskan. Aku tersilap langkah. Aku telah dibawa arus ke arah air mati di tepi tebing sungai. Aku yang tidak pandai berenang, ditambah pula situasi air yang tiada arus menyebabkan aku kesukaran untuk melepaskan diri.

Apa dayaku selain menjerit meminta tolong. Namun aku telah diherdik oleh seorang peserta yang mungkin memikirkan aku sengaja untuk mendapatkan perhatian. Sejenak aku berasa tidak puas hati dengan sikapnya. Aku merasa malu. Aku tenggelam timbul kerana tidak pandai mengawal imbangan badan untuk terus terapung walaupun aku menyarung jaket keselamatan. Namun memandangkan tiada siapa yang peduli untuk menyelamatkanku, aku cuba berikhtiar sendiri untuk keluar dari kawasan air mati itu.

Aku fikir ini baru permulaan. Memang benar, ia memang baru bermula beberapa minit selepas aku dilepaskan. Tidak sangka begitu cepat aku terperangkap dalam situasi itu. Aku tidak boleh berputus asa.
Setelah berhempas pulas, akhirnya aku berjaya mengatasinya. Itupun apabila aku dapati semua peserta lain yang hampir 150 orang semuanya sudah meninggalkan aku, hanyut mengharungi sungai.


Aku berasa lega. Namun pengembaraan belum berakhir. Aku dihanyutkan arus dan hampir-hampir terlanggar batu-batu besar yang berada ditengah-tengah sungai. Aku sendirian mengharunginya. Tidak nampak kelibat peserta lain. Aku sandarkan doa agar Allah melindungi aku. Sendirian berada di dalam arus sungai, tiada siapa yang aku harapkan selain Allah agar sentiasa bersamaku. Zikir-zikir sentiasa meniti bibir. Tenggelam timbul, tertelan air sungai yang tidak berapa jernih mebuatkan aku merasa nyawaku ibarat di hujung tanduk. Selagi hayat ada aku tidak akan mengalah.

Sampai di satu bahagian sungai kulihat seorang dua peserta yang ketinggalan. Semakin aku kehadapan mengejar peserta-peserta lain, rupanya ada juga peserta yang turut kecundang. Mereka berhenti sebentar di tebing sebelum meneruskan pengalaman kembara yang cukup mencemaskan bagi mereka yang tidak kuat untuk mengharunginya. Semakin lama aku kembali berseorangan. Tiada peserta lain bersama-samaku. Zikir masih tidak lekang dari bibirku.

Sepanjang mengharungi arus, aku bayangkan beginikah kehidupanku. Dikelilingku adalah ciptaan anugerah Allah yang cukup indah. Hutan, sungai, batu batan, pokok kayu, burung-burung, langit dan awan yang kelihatan tatkala aku mendongak ke langit dan segala hidupan. Subhanallah. Maha Besar Allah Pencipta Yang Maha Agong. Dikelilingi keindahan-keindahan itu, aku masih sedar aku berasa di dalam arus yang tidak aku ketahui adakah aku berjaya untuk mengharunginya.

Inilah kehidupan. perumpamaan kehidupan yang cukup hebat. Di bawa arus sungai yang adakala deras adakala perlahan. Pernah hampir tersangkut di pohon di tengah-tengah sungai, terhantuk di batu-batu sehinggalah satu ketika aku terperosok di dalam air pusar. Ia seolah-olah puting beliung di dalam air. Aku terperangkap. Mujur aku tidak panik untuk melawannya. Untuk menjerit meminta tolong aku sedar dari tadi aku tidak ditemani rakan peserta yang lain mahupun 'guide' ekspedisi ini.

Aku ditelan air pusar. Beberapa kali ia menarikku ke dasar sungai dan menimbul tenggelamkan aku. Aku teringat pesanan 'guide' pada malam sebelum ekspedisi ini dijalankan...
'Sekiranya termasuk dalam arus air pusar, tolong jangan panik. Dan jangan cuba melawan arus pusar. Tenangkan diri, ambil nafas sedalamnya dan lepaskan nafas perlahan-lahan semasa pusar menarik anda ke dasar. Ikut sahaja arus pusar itu'.
Aku mengikut arahan tersebut sehingga beberapa kali pusaran tenggelam timbul. Alhamdulillah, pusaran berhenti. Namun satu masalah timbul apabila aku sedar telah selamat dari pusaran, aku terperangkap kembali di dalam air mati. Sekali lagi aku jadi kelu. Aku bimbang akan berlaku lagi air pusar sebelum aku sempat keluar dari situ. Apa ikhtiarku? Aku tidak menjerit meminta tolong seperti pertama kali tadi. Aku pasrah pada Allah.

Tidak jauh dari situ, tiba-tiba aku terlihat kelibat seseorang sedang memerhatikanku. Hatiku lega apabila 'guide' yang datang bersama-sama sekumpulan penuntut ALAM menghulurkan tangannya. Dia menarikku keluar dari air mati. Telingaku sempat menangkap kata-katanya..' awak memang kuat semangat'. Aku cuma mampu tersenyum dan mengucapkan terima kasih lantas meminta diri untuk meneruskan pengembaraanku sendirian walaupun sebenarnya aku berasa agak cemas.

Detik-detik cemas yang tidak dijangkakan. Itulah hebatnya pengembaraan. Kerapkali aku tenggelam timbul, entah berapa gelen air sungai yang aku telan. Hanya zikir pada yang Esa menemaniku. Aku tidak pasti berapa jauh lagi. Namun semakin merasa kesukaran kerana arus semakin berkurang. Tiada arus yang menolak tubuhku. Air mula tenang. Aku pasti ketinggalan sekiranya aku tidak berenang. Tetapi aku tidak pandai berenang dan jika aku pandai sekalipun pasti aku akan kepenatan. Apa dayaku sekarang. Aku berdoa pada Allah. Mohon diberi pertolongan. Mohon diselamatkan di dalam perjuangan ini.

Tidak jauh dihadapan, aku bertemu sepasang teman yang mungkin kekasih. Peserta yang sama-sama menyertai kumpulan ekspedisiku. Sebenarnya ini kali kedua aku bertemu dengan mereka sepanjang mengharungi arus ini. Kali pertama bersua mereka menolong aku yang telah tenggelam timbul di bawa arus. Aku berterimaa kasih di atas bantuan mereka namun aku fikir tidak boleh terus mengharapkan bantuan. Aku mesti yakin untuk meneruskan sendirian. Tetapi kali kedua pertemuan ini, mereka menawarkan diri untuk menemaniku. Aku mengaku tidak pandai berenang. Dan aku mengaku aku hilang punca apabila mendapati air sungai semakin tenang. Tanpa arus bagaimana aku nak teruskan.

Merekalah yang menemaniku dan menunjukkan aku caranya. Mereka mengajar aku mengapungkan diri secara menelentang. Sambil itu kakiku disuruh berkayuh perlahan-lahan seperti mengayuh basikal. Walau mulanya rasa agak sukar kerana aku gagal mengapungkan diri namun akhirnya aku berjaya juga. Kami sama-sama mengayuh sehingga akhirnya sampai ke destinasi di mana peserta-peserta lain yang sudah sampai menanti. Satu kawasan berpasir yang agak luas.

Sebaik aku tiba, naik ke darat, badanku terasa amat berat. Lantas aku terlentang di dada pasir. Aku terlihat kelibat 'guide' yang membantuku tadi juga sampai di situ. Dia memandang padaku dan tersenyum. Sekali lagi. seolah-olah sedang membuat pengumuman dia menunjuk padaku dan mengatakan betapa kuatnya semangatku mengharungi arus tadi. Sekali lagi aku hanya mampu tersenyum tanpa kata-kata.


Sebaik kakiku menjejak tanah, tak terhingga rasa kesyukuran ku ke hadrat Ilahi membantuku mengharungi arus yang menyimpan seribu cerita. Kufikir aku lah peserta yang terakhir. Rupanya ramai lagi yang belum tiba. Tidak lama selepas rasa lega dapat melepaskan lelah kelihatan rakit-rakit kami yang diselia para 'guide' tiba. Kami bersiaap-siap untuk meneruskan ekspedisi berakit yang akan berakhir di sebuah perkampungan orang asli. Ekspedisi ini kami lakukan di Sungai Nenggiri, Kelantan sekitar tahun 2000.

Pengalaman berakit yang amat mengujakan. Membuat aku berfikir, tidak sekali-kali berputus asa dalam hidup, semasa susah mahupun senang. Allah sentiasa bersama-sama apatah lagi jika kita sentiasa mengingatiNya, berserah padaNya, tempat kita sandarkan harapan, meminta pertolongan. Arus sungai adalah umpama dugaan dalam hidup. Andai tersilap langkah kita akan kecundang malah mungkin kehilangan nyawa. Namun aruslah yang membawa kita ke puncak kejayaan, sekiranya kita tidak berputus asa dan bersikap positif disamping terus berdoa padaNya. Doa adalah senjata orang mukmin. Senjata untuk kita mengumpul kekuatan dalam diri mengharungi badai arus kehidupan yang tidak dapat dijangka.

Sekian kisahku. Semoga ada iktibar di sebalik kisah ini. Fikir-fikirkan lah.

Monday, 9 May 2011

Dia dan dia:Kutub Utara Kutub Selatan

Kerap sungguh air mata mengalir. Terlalu murah dirasakan sehingga tanpa segan silu ia bercucuran. Yang tidak enaknya, R menangis tidak kira tempat walau di tempat awam walhal dahulu tidak lah sebegitu sikapnya. Setiap kali pulang matanya merah dibasahi air mata.

Selama ini Dia adalah sumber keceriaannya bagi R. Sehingga kini Dia tetap sanjungan. Cuma R tidak mengerti mengapa kini Dia kerap mengatakan sesuatu yang mengusik hati R. Selepas dipujuk R akan disakat lagi dengan kata2 yang adakala mengguris.

Dia semakin hari semakin gemar melihat R menangis. Dia tahu R bukan pemarah orangnya dan akan cepat sejuk hatinya. Disebabkan itu Dia sering mencari idea untuk mengusik R. Adakala R hanya mendiamkan diri. Adakala R kelihatan menjeruk rasa. Pernah R buat tidak tahu pada Dia walaupun Dia menegur.

R cuba menenangkan diri. R tidak mahu dipermainkan lagi sedangkan R tahu kasihnya pada Dia tidak pernah luntur. R juga tahu Dia tetap sayang pada R. R dan Dia sukar untuk berpisah tapi untuk bersatu mereka belum pasti. Dia yang nakal, R yang mudah terasa. Mereka ibarat magnet Kutub Utara Kutub Selatan. Mempunyai tarikan antara satu sama lain tetapi seorang di utara seorang di selatan, bagaimana untuk bersatu?

Air Dicincang Tidak Akan Putus

Pagi Sabtu bermula dengan hujan yang turun dengan lebatnya sedari sebelum Subuh tadi. Wira bersiap ke tempat kerja namun terpaksa menunggu sehingga hujan sedikit teduh kerana dia perlu ke hentian bas berdekatan rumahnya untuk menaiki bas. Mujur hari Sabtu adalah hari cuti di pejabatnya namun dia perlu hadir untuk menyelesaikan satu laporan penting yang perlu dihantar awal pagi Isnin nanti.

Sementara menunggu, Wira membersihkan ruang dapur rumah yang agak bersepah tidak berkemas selepas digunakan malam tadi. Dia membersihkan sinki, menyusun pinggan mangkuk yang siap dicuci dan serba sedikit mengatur semula peralatan yang sudah digunakan. Wira selalu tiba lewat di rumah sewanya jadi dia menyiapkan makan malam ala kadar dan akan membersihkan pada keesokan paginya.

Wira sebenarnya menyewa bersama bekas teman sekuliahnya semasa menuntut di sebuah Universiti Utara Malaysia. Kini masing-masing sudah berkarier. Temannya Azim seawal pagi sudah keluar, juga ke tempat kerja. Azim bekerja separuh hari pada hari Sabtu.

Seusai berkemas ruang dapur, Wira kembali ke ruang tamu yang nampak kemas kerana jarang diusik oleh penghuninya. Wira memerhati keluar melalui pintu yang sengaja dibuka luas bagi memudahkannya melihat sama ada hujan sudah reda. Namun keadaannya masih serupa. Wira terfikir untuk berpayung, namun melihat hujan yang turun berserta angin dia membatalkan niatnya itu.

Sudah bertahun dia bekerja namun buat masa ini dia belum berhasrat untuk membeli kenderaan sendiri ditambah pula pinjaman pelajarannya dahulu masih banyak yang belum lunas. Dia berazam untuk membaiki kehidupannya juga keluarganya di masa hadapan.

Wira duduk dikerusi. Dia masih menunggu hujan reda sambil fikirannya menerawang kepada kisah lama yang menyebabkan dia terdampar sendirian di bandar ini. Dia mempunyai seorang kakak dan juga seorang adik lelaki. Sejak kecil mereka tidak rapat dengan mereka berdua tetapi kakaknya cukup baik dengan adik bongsu mereka. Mereka tetap sedarah sedaging maka kasih sayang kepada kakak dan adiknya tetap wujud disudut hati.

Selepas Wira tamat pelajarannya di Universiti Utara Malaysia dia berusaha mendapatkan pekerjaan namun terasa agak sukar baginya yang mempunyai kuputusan akademik yang kurang memuaskan. Sehinggalah dia ditawarkan bekerja sebagai telefonis di sebuah bank.

Disebabkan pekerjaannya itu, yang cuma berjawatan rendah dia dipandang rendah oleh kakak dan adiknya. Mereka menjadi semakin renggang. Mungkin pada pandangan mereka tiada apa yang boleh diharapkan dari Wira. Disebabkan itu, Wira sanggup bersusah sendiri walau kakaknya juga tinggal di bandar yang sama tika ini sedangkan adiknya masih menuntut di sebuah kolej di selatan tanah air.

Syukur ibu bapa Wira memahami penderitaan yang dialaminya. Kedua ibu bapa mereka sudah masak dengan perangai ketiga-tiga anak mereka itu. Mereka tahu suasana pasti akan berubah suatu masa nanti. Wira walaupun berpendapatan sederhana, dia seorang yang berjimat cermat. Dia tetap mengagihkan sebahagian pendapatannya untuk keluarganya. Namun usahanya itu dipandang remeh dan diperkecilkan oleh kakak dan adiknya. Wira tahu dia tidak boleh terlalu berkecil hati. Dia tahu kemampuan dirinya. Dia yakin dia mampu merubah taraf kehidupannya di masa hadapan.

Tiba-tiba Wira tersentak. Terasa gegaran di poket kanan seluarnya. Segera diambil telefon bimbit dan dikeluarkannya. Didapati 5 panggilan dari rumah ibu bapanya tidak berjawab. Lantas segera Wira mendail nombor tersebut. Hatinya dirusuh kebimbangan. Dia berdoa di dalam hati agar dijauhkan dari perkara yang tidak menyenangkan hati. Panggilan di hujung talian berjawab. Kedengaran suara serak bapanya memberi salam. Selepas mengetahui Wira yang menghubungi segera dimaklumkan tentang kecelakaan yang menimpa adiknya di asrama kolej.

Adik Wira, Wafi dilanggar sebuah motor ketika berjalan ke tempat motor pemberian kakaknya diparkir. Mujur penunggang tersebut berhenti untuk membantu. Wafi segera dibawa ke hospital terdekat. Lukanya tidak parah tetapi Wafi masih belum sedarkan diri. Doktor yang memeriksa memaklumkan Wafi mungkin terperanjat namun keadaannya stabil.

Wira memaklumkan bapanya yang dia akan segera melawat adiknya itu dan meminta supaya ibu dan bapa mereka tidak terlalu bersusah hati. Wira akan memaklumkan sebarang perkembangan tentang Wafi nanti.

Selepas seminggu di hospital, Wafi dibenarkan pulang dan diberi cuti tambahan. Wafi dibawa pulang ke rumah ibu bapanya. Wafi merasa terkilan dan menyesal kerana memperlekehkan abangnya Wira selama ini sedangkan Wira lah yang banyak membantu ketika dia ditimpa kesusahan. Kakaknya yang turut sama berkumpul sekeluarga juga menyesali kerana telah meminggirkan Wira selama ini. Sebenarnya dia berasa cemburu pada Wira kerana merasakan kedua ibu bapa selalu melebihkan adiknya itu. Kedua ibu bapa merasa senang melihat mereka saling bermaafan. Mereka tahu air dicincang tidak akan putus dan kemalangan yang menimpa Wafi merupakan satu hikmah yang tidak ternilai buat mereka sekeluarga.

Sunday, 27 March 2011

Diakah:Dia...dulu, kini dan selamanya

Dia termangu sendirian. Usai bersarapan hidangan Western yang sudah menjadi menu biasanya kini, dia melangkah menyelusuri jalanan itu. Saat ini ingin rasanya seseorang untuk menemani diri yang kesunyian. Terimbau kenangan satu ketika. Di saat itu hidupnya dipenuhi warna-warna ceria. Sentiasa dihidangkan dengan senyuman manis dan mesra pujaan hati. Saat-saat resah akan diladeni dengan pupukan kata-kata semangat yang mampu membuang jauh segala sesak dan sebal di hati. Teman yang sejati yang diharapkan sentiasa mendampinginya.

Itu satu ketika dulu. Kini dia tidak lagi memiliki keindahan itu. Serasa ada kekurangan yang membuatnya rasa sukar untuk bangkit semula. Namun hidup perlu diteruskan. Dengan saki baki semangat yang ada dia tetap melalui segalanya. Rasa kesal masih membukit namun sejarah tetap sejarah dan tiada apa yang akan mengubahnya atau mengembalikan saat indah yang hilang itu. Dari itu, dia cuba membaiki semula masa-masa depannya supaya ia tidak terus dibelenggu rasa kesal yang menghimpit dada.

Satu nama yang selalu terukir dibibir. Satu nama yang menjadi igauan dalam mimpinya. Malah sepanjang hidup sedarnya. Satu nama yang tidak mungkin terpadam dari memorinya dulu, kini dan selamanya. Dari nama itu dia membina kembali kekuatan untuk terus melangkah. Pasti dibuktikan suatu masa nanti, segala yang berlaku bukanlah atas kehendaknya. Setiap kali nama itu dilafaz, namun terlontar setakat di bibir nipis nya. Lebih dari itu dia belum mampu.

Pipinya merona merah pabila menyedari ada seseorang sedang memerhati. Rupanya sudah lama dia mengimbau masa lalu yang tidak mungkin kembali lagi. Dia tersenyum sebagai tanda menyapa sebelum orang itu berlalu dengan menghadiahkan senyuman manisnya sambil menggelengkan kepala. Wajah itu mengembalikan semula ingatannya pada memori yang baru diulang tayang tadi. Wajah itu persis.....

Saturday, 26 February 2011

Diakah:Si Dia

Damai angin bukit menyinggah ke pipi terasa nyaman. Mata hampir-hampir ingin dipejam semula. Kibaran langsir labuh yang dihias sama tinggi dari siling ke lantai diperhati. Ca dibayangkan keadaan arah angin yang datang dari bukit kecil di belakang rumahnya. Tingkap biliknya yang menghala ke arah bukit memberikan pemandangan yang mendamaikan penglihatan. Lantas dia mengucap syukur, berterima kasih kepada Yang Esa kerana masih memiliki nikmat deria yang halus. Semua nikmat deria masih setia memberikan khidmatnya. Sang pemilik merasa syukur masih berupaya untuk menikmati segala keindahan pahit manis kehidupan. Dengan ni
kmat nyawa yang dimiliki akan dipastikan ia tidak akan disia-siakan.


Dari jauh kelihatan warna langit yang tadi sedikit merah keorenan mulai membiru dilitupi awan yang memutih. Kabut putih yang mengelilingi bukit kecil itu juga semakin menipis.Usai solat Subuh tadi dia hanya bermalas-malasan di atas katil yang masih setia kukuh menampung tubuhnya sejak dibeli 3 tahun lalu. Katil itu tidaklah mewah tetapi cukup selesa untuk dia melepaskan rasa penat dan lelahnya setiap kali pulang dari mencari rezeki. Kayu jati yang dipilih kerana diyakini ketahanan buatannya diliputi warna yang agak lembut bagi seseorang sepertinya. Simboliknya ada nada lembut di dalam ketegasan dan itulah yang ingin dilahirkan dari gaya pemilihannya itu. Alas tebal yang menyelimuti tilam lembut setebal 7 inci itu turut memberi rasa keselesaan yang menyenangkan. Alas-alas yang digunakan akan digantikan sekerap seminggu sekali. Kerana itu dia mempunyai alas-alas gantian yang pelbagai corak dan warna supaya suasana biliknya sentiasa memberi aura perasaan yang berbeza.


Leka memerhatikan suasana sekeliling, baru dia menyedari perutnya yang lapar sedari malam tadi tidak diisi apa-apa. Alangkah kesal hatinya kerana tidak menjaga organ tubuhnya yang satu ini sebaiknya. Lantas segera dia bangun mencapai tuala berwarna hijau krim yang tersangkut  di dinding sebelah pintu ke bilik air. Niatnya ingin mendapatkan sarapan selepas membersihkan diri nanti.

Tuesday, 15 February 2011

Diakah:Awa

Bang!Dum! Bergegar pintu bilik berlaga dengan dinding. Mama masih memegang tombol sambil mengejutkn Awa dngn suara lantangnya. "Hoooi..anak dara nih. Bangun lah dah kul berape nih?"

"Nape Ma?" Awa masih rasa culas untuk membuka matanya. Hanya suaranya yang kedengaran membalas sapaan Mama yang dirasanya macam dinosour.

"Hari ni kan cuti, lagipun awal lagi ni?" sambung Awa yang masih terkebil- di atas katil bujangnya yang dibalut dengan cadar bunga ros merah besar bertanah coklat krim.

"Memang la cuti. Tapi Mama nak Awa temankan Mama", Mama mula berdiplomasi.

"Mama nak ke mana?", Awa mula bangun lalu duduk disisi katil bersebelahan Mamanya. Sambil membetulkan rambut yang lurus tapi kusut bak jerami bersimpul. 'herm, ni kalau dia nampak aku bangun dengan rambut macam ni mesti dia sangka aku pontianak dan terus bertempiaran lari'...Awa ketawa kecil sendiri.

"Hah! Dah apa pulak ni ketawa sorang-sorang? Dah tebiat apa?", Mama menyergah Awa lalu terbantut keasyikannya melayari angan dilihat putera idaman hati. "Sape si dia tu?", tambah Mama ingin tahu.

"Ala Mama nih, takde sape la Ma. Hah Mama kata nak ajak Awa gi mana tadi?", lekas-lekas menukar topik agar Mama tidak dapat mengesan rahsia hatinya yang ibarat taman penuh bunga berkembang. Andai diketahui Mama pasti panjang kisahnya. Namun Awa tahu, Mama bukanlah kolot untuk menerima apabila mengetahui dirinya yang menyimpan perasaan pada seseorang.

"Itulah Mama nak bagitau nih...., tapi..." "Assalamualaikum...tuan rumah ooooh tuan rumah", belum sempat Mama memberitahu kedengaran suara orang memberi salam di luar. Lantas Mama segera bangun keluar untuk memastikan adakah suara itu milik orang yang ditunggu-tunggunya. Tinggallah Awa dibiliknya menyambung angan yang tak sudah.