Itu satu ketika dulu. Kini dia tidak lagi memiliki keindahan itu. Serasa ada kekurangan yang membuatnya rasa sukar untuk bangkit semula. Namun hidup perlu diteruskan. Dengan saki baki semangat yang ada dia tetap melalui segalanya. Rasa kesal masih membukit namun sejarah tetap sejarah dan tiada apa yang akan mengubahnya atau mengembalikan saat indah yang hilang itu. Dari itu, dia cuba membaiki semula masa-masa depannya supaya ia tidak terus dibelenggu rasa kesal yang menghimpit dada.
Satu nama yang selalu terukir dibibir. Satu nama yang menjadi igauan dalam mimpinya. Malah sepanjang hidup sedarnya. Satu nama yang tidak mungkin terpadam dari memorinya dulu, kini dan selamanya. Dari nama itu dia membina kembali kekuatan untuk terus melangkah. Pasti dibuktikan suatu masa nanti, segala yang berlaku bukanlah atas kehendaknya. Setiap kali nama itu dilafaz, namun terlontar setakat di bibir nipis nya. Lebih dari itu dia belum mampu.
Pipinya merona merah pabila menyedari ada seseorang sedang memerhati. Rupanya sudah lama dia mengimbau masa lalu yang tidak mungkin kembali lagi. Dia tersenyum sebagai tanda menyapa sebelum orang itu berlalu dengan menghadiahkan senyuman manisnya sambil menggelengkan kepala. Wajah itu mengembalikan semula ingatannya pada memori yang baru diulang tayang tadi. Wajah itu persis.....
No comments:
Post a Comment