We need a place, we need some space

Suka tak?

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all... :>

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Makin Hari Makin Sayang

Smile....... erm...sampai ke telinga senyum nyer...camtulah baru berseri...tambah berseri lagi kalau selalu duk singgah2 kat halaman saye ni...jemputlah ye jenguk2 perkabaran saye tp xde la smpi hidang kuih jemput2...



Thursday 10 March 2011

Nak jadi citer...haluuuuus aje..(gaya harith iskandar minum nescafe)

Assalamualaikum dan salam sejahtera ;>


Insiden ni berlaku semalam dan pernah berlaku beberapa kali padaku. Kisahnya, semalam ada program menderma darah di tempat kerjaku. Nama sudah kudaftarkan lama dulu dan apabila tiba hari yang dinantikan aku bersama seorang teman pergi ke tempat yang disediakan. Kami perlu mengisi borang sebelum menjalani proses pemeriksaan darah dan tahap kesihatan.


Temanku terlebih dahulu menyerahkan borang dan diperiksa oleh seorang doktor perempuan. Sambil memeriksa doktor menyoal beberapa perkara yang berkaitan dengan kesihatan semasa temanku. Pertamanya doktor memeriksa tekanan darahnya dan mendapati terlalu tinggi. Memandangkan usia temanku yang masih muda dia dinasihatkan berjumpa doktor panel untuk membuat pemeriksaan lanjutan. Sewaktu beratur menunggu giliran, temanku memberitahu dia merasa gemuruh kerana pertama kali menderma darah. Tapi yang pastinya ada beberapa sebab yang menyebabkan tekanan darahnya tinggi.


Tiba pula giliranku untuk diperiksa. Aku menyerahkan borang yang sudah kuisi. Walaupun aku sudah menandakan pertama kali menderma yakni bermakna bukan penderma ulangan tetapi doktor tetap bertanyakan soalan itu. Lalu aku menjawab, 'pernah nak derma tapi failed'. Dari raut wajah doktor kelihatan dia tertanya-tanya, lalu dia bertanya 'kenapa?'. Dengan senyuman aku menjawab, susah nak jumpa urat. Lantas doktor menandakan petak ' not eligeble' dan memberitahuku, 'kita cuma bawa jarum bersaiz besar, kalau susah nak jumpa urat kita tak boleh buat'. Sekali lagi aku kecewa kerana tidak dapat menyertai program menderma darah, seperti program2 sebelum ini.


Aku berlalu bersama temanku tadi yang turut di'reject'...apakan daya, uratku haluuuuuus benar.... ;>

No comments: