Tengah duk sorang2 ni teringat lak betapa sedapnya kalau dapat makan ikan goreng. Sementelah, ikan goreng adalah lauk kegemaranku. Beberapa minggu lepas ada lah duk singgah pasaraya dan ternampaklah ikan kerapu yang dijual rm6 seekor. Boleh tahan besarnya dan masih agak segar. Kubeli 2 ekor sambil duk fikir apakah jenis masakan yang bakal kuhidangkan nanti.
tak lama aku fikir untuk dapatkan idea kerana kalau ikan padaku yang paling best dibuat goreng je. Nilah resepi sempoi yang aku nak share. Jom citer bahan2 yang diperlukan.....
* Ikan kerapu sekor
* Cili api 7 biji
* Bawang merah 3 biji
* Limau kasturi 4 biji
* Kicap manis 3 sudu
* Air setengah cawan
*Garam secukup rasa
* Kunyit serbuk secukupnya
* Salad sepokok
* Timun sebiji
Wokeh, jangan tunggu lama nanti lama2 ikan diculik kucing....hahaha...
![]() |
sekadar gambar hiasan |
jom kita mula memasaknya. Dan seperti biasa, bersihkan ikan terlebih dahulu dan dikelar dua di kedua2 sisi badannya.
Lumurkan kunyit dan garam di badan ikan. Sementara itu panaskan kuali menggoreng. Sebaik kuali panas tuangkan minyak yang cukup untuk menggoreng.
Sambil menunggu ikan dikuali menjadi garing, ambil cili api dan diracik-racik, begitu juga dengan bawang merah tadi turut dihiris nipis.
Hirisan bawang dan cili tadi dimasukkan ke dalam mangkuk kecil. Tuangkan kiap manis tadi dan juga air ke dalam mangkuk yang sama.
Limau kasturi yang disediakan pastikan limau yang banyak air. Air limau diperah ke dalam mangkuk yang sudah diisi dengan hirisan bawang merah, cili, kicap dan air.
Kacau campuran bahan2 tadi dan rasa masam dan manisnya biar sekata.
Ambil sebiji pinggan dan mulakan hiasan dengan salad dan hirisan timun.
Letakkan ikan yang sudah dimasak garing di atas salad. Hidangkan bersama air asam tadi bersama-sama dengan nasi putih panas.
erm.....enaknya rasa. Nyummi...