We need a place, we need some space

Suka tak?

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all... :>

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Makin Hari Makin Sayang

Smile....... erm...sampai ke telinga senyum nyer...camtulah baru berseri...tambah berseri lagi kalau selalu duk singgah2 kat halaman saye ni...jemputlah ye jenguk2 perkabaran saye tp xde la smpi hidang kuih jemput2...



Thursday 17 March 2011

lima taun sudaaaaa lor...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Nak jadi citer semalam seorang teman yang sudah lama tidak ketemu ajak tonton Hikayat Merong Mahawangsa. Kitorang target nak ke Mid Valley jer. Sampai di GSC Mid Valley, punye la ramai orang kat panggung. Sambil beratur kitorang duk perati je 'screen list' yang menunjukkan HMM dan The Big Momma's 'selling fast'. Sebelum sampai 'turn' kitorang, screen menunjukkan cuma tinggal satu kerusi je utk HMM sementara TBM dan habis utk waktu tayangan yang kitorang pilih. Tayangan yang seterusnya lambat lagi. Jadi sampai turn kitorang kat kaunter, kitorang cancel nak tngk kat Mid Valley.

Masing2 duk fikir nak cari tempat lain. KLCC yang kucadangkan tak dipersetujui. Aku cadangkan Amcorp Mall atau Sunway tapi memberku kata, Amcorp takut xde citer tu dan Sunway plak kut orang ramai. Jadi aku suggest OU. Jadi kitorang pun berkereta ke OU. Dalam perjalanan aku suggest dua tempat lain sama ada di Tropicana City Mall atau Cinelessure. Namun, member ku rasa lebih baik terus ke OU tapi bersetuju kalau nak ke Cinelessure. Sampai ke sana, kitorang terlepas lorong masuk kerana papan tanda yang menunjukkan 'No Parking' di lorong masuk. Lepas amik keputusan utk u-turn, x pasal kitorang terus keluar ke arah highway. Masing2 dah pening dan malas nk cakap banyak terus suggest pegi Amcorp Mall.

Sampai di Amcorp Mall yang kitorang x berapa familiar nih, kitorang teruskan perjalanan sampai ke tingkat atas. Puas tercari-cari mana lah panggung wayang kitorang singgah sebuah kedai VCD yang masa tu kelihatan 2 orang lelaki berbangsa Cina sedang duk borak2. Part ni yang best.

'excuse me, tumpang tanya ar...di mana cinema kat sini ar?', aku tanya diorg sementara member aku duk perati je.
'cinema? ape itu?, lelaki A ni tanya.
'cinema ar...tu dekat sana', lu mau nengok movie ar?, lelaki B plak tunjuk ke arah sebuah kedai buku. Aku pun duk toleh belakang dngn rs pelik sebab rasanya kitorang dh lalu situ td x nmpk pun cinema. Member aku pun baru nak cakap thank you dan nak pegi dah tngk mgkn ada pintu lain masuk ke cinema.
'sudaaa bangkrap lor...lima taun suda xde operation. lu baru mau tengok movie ar?, sambung lelaki B tadi sebelum sempat kitorang toleh semula pada dia.
'kalau mau tngk movie sini pun ada banya celita.....' lelaki B macam x puas nak menyakat kitorang.
kitorang dh gelak2 dan rasa malu gak sebab xsangka plak cinema tu dah tutup. nampak sangat la kitorang jarang pegi sana. Kitorang cakap tima kasih dan terus blah.

Sudahnya kitorang pergi Sunway, barulah lepas impian nak tonton HMM...masa tayangan baru start aku duk tersenyum kecil sebab duk ingat insiden kat Amcorp Mall. huhuhuhu......

3 comments:

Anonymous said...

syok tak cite HMM tu alang?

RedRoza said...

boleh la tahan...sbnrnya boleh kata biasa je..simple story tp nmpk gah sbb teknologi yang digunakan. alang mati2 ingt citer ni dari buku 'hikayat merong mahawangsa' yang alang pernah baca dl. best buku tu. dh jadi mcm org purbakala dah asyik duk belek buku hikayat.

RedRoza said...

...shahdan maka sekalian orang2 itu bertempiaran lagi ketakutan dek kerakusan...bla..bla...bla...(contoh je, dulu ingat gak la maksud2 perkataan purbakala yg digunakan dlm skrip hikayat... :> syok gak..nak cari novel2 hikayat la lps ni wat koleksi