We need a place, we need some space

Suka tak?

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all... :>

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Makin Hari Makin Sayang

Smile....... erm...sampai ke telinga senyum nyer...camtulah baru berseri...tambah berseri lagi kalau selalu duk singgah2 kat halaman saye ni...jemputlah ye jenguk2 perkabaran saye tp xde la smpi hidang kuih jemput2...



Sunday 25 December 2011

3 tau...satu tak cukup

As Salam semua, salam sejahtera

Hah...apa lagi yang 3 nih...hehehe...



Ni lah dia nyer yang Red nak kongsi. Rasanya semua orang tentu tahu yang buah Oren memang penuh dengan vitamin C. Tapi kita lebih memilih untuk mengambil 'suppliment' dalam bentuk tablet atau sebagainya sebagai tambahan Vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita. Mungkin sebab lebih mudah sama ada untuk di simpan atau di makan atau di bawa jika dalam perjalanan. Tak dinafikan.

Tapi kita tahu ke berapa jumlah vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita? Bagi tablet 'suppliment' mungkin boleh dilihat pada arahan di kotak atau botol bungkusan. Itupun mungkin belum tentu tepat. Apatah lagi 'suppliment' ini sudah diadun diubahsuai dengan bahan-bahan yang bukan semulajadi.

Semasa membuat rawatan susulan beberapa bulan yang lepas, Red disarankan oleh doktor untuk mengambil Vitamin C. Dan Doktor mencadangkan buah oren sebanyak 3 biji satu hari, bukannya 'suppliment' yang dijual di pasaran. Menurut doktor, tubuh kita perlukan Vitamin yang asli/ semulajadi.

Red tak terkejut bila doktor sebut buah oren, tapi Red terkejut sebab kena ambil 3 biji satu hari. Wow!!!! 1 biji tak cukup katanya. Fuuh....mula-mula rasa berat juga. Lama kelamaan Red dah terbiasa. Rasa seronok pula makan oren 2 atau 3 biji (disesuaikan ikut saiz oren) sehari. Sebab apa tau???

Lebih kurang sebulan selepas Red mengamalkan makan buah oren ni (without fail????... tak jugak, tapi jangan skip lama sangat yew...) ada member opis yang duk menegur. Dia tanya kenapa muka Red nampak semakin berseri-seri...Hah!!! Memang Red tergezut dengar soklan dia sebab Red tak perasan pun perubahan tu sebenarnya.

Puas Red duk fikir...nak kata sebab pencuci muka, rasanya Red dah lama tak gunakan pencuci muka sejak pencuci muka yang lama menyebabkan kulit muka Red bengkak-bengkak kemerahan (pencuci muka tu dah terkena jangkitan kuman).

Red fikir mungkin sebab minuman kordial Habbatus Sauda yang Red mula minum beberapa minggu sebelum, tapi tak juga....erm...Red tak dapat beri jawapan padanya. Sampai ke rumah duk fikir, Red baru sedar lepas tonton satu iklan susu yang ada sebut oren sebagai sumber vitamin untuk kulit.

Hehehehe....maveles....so apa lagi...amalkan lah makan buah oren ye....

Apa? Besar mana oren yang diperlukan? Takut terbeli oren masam? Biji pun beri masalah? Yelah kan...malas nak sepah-sepahkan biji.

Hah...Red ada sedikit petua. Harap-harap dapatlah membantu ye.

Saiz buah oren? Agak-agaklah...kalau yang besar makan lah 2 biji satu hari.
Nak yang manis? Hah....masa duk pilih-pilih tu cuba bau kat bahagian bawah oren tu. Kalau bau dia masam maknanya buah tu masam lah. Kalau baunya manis Insyaallah, buah oren tu manis. Paling koman pun, takdelah masam sangat.
Biji? Bagi Red memang leceh sikit kalau makan buah ade biji nih. Honestly dulu Red tak tau pun ada buah oren yang seedless. Biasanya Red beli kat pasar malam je. Buah oren yang seedless, bahagian bawahnya macam gambar yang Red sertakan di atas (macam lubang kecil). Sape yang selalu beli buah oren mesti perasan perbezaannya.

Okey...rasa macam dah panjang sangat Red mengomel nih...cubalah ye...makan OREN 3 BIJI SEHARI...untuk kulit yang sihat.

Wassalam......

No comments: