We need a place, we need some space

Suka tak?

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all... :>

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Makin Hari Makin Sayang

Smile....... erm...sampai ke telinga senyum nyer...camtulah baru berseri...tambah berseri lagi kalau selalu duk singgah2 kat halaman saye ni...jemputlah ye jenguk2 perkabaran saye tp xde la smpi hidang kuih jemput2...



Saturday 10 December 2011

Tragedi October 2011

As Salam semua...dan salam sejahtera

Ape citer nih...cuba tengok gambar dulu la..n cer teka ek..

Ni bukan cubaan tau, ini betul2 ni.

Tu dia...apa yang penting...KERJASAMA...apa yang penting??? Hati2 di jalanraya.

Hujan lebat masa nih. Mujur la ramai. Kut sensorang mahu bercampur air mata ngan air hujan.Huhuhuhu...

Hah..boleh agak x peciter nye nih? Tu la dia...encik2 peronda PLUS sedang membantu kami menukar tayar yang pecah semasa dalam perjalanan balik dari makan2 di Muara. Tima kasih pada mereka yang bertugas dalam hujan lasak malam tragedi tu.

Medan Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan, tempat kami bertamu sebelum kejadian tayar kete pecah.


Alkisahnya, kete yang dipandu adik caye (Alin) tiba2 bergegar. Dah lah dalam kete tu ada mak dan 2 orang anak saudara bersama2. Cuak mula menguasai diri. Angah yang memandu di belakang kami terus parking kete bila nampak kete kami dah berkelip2 terpasang lampu hazard. Peristiwa ni berlaku di Klang. Sebaik peronda PLUS sampai, mereka terus memasang kon. Lori2 kontena yang lalu lalang agak merisaukan caye. Apataknya, mak ayah dan saudara2 cilik turut sama tersadai di dalam kete. Dengan bantuan peronda PLUS proses menukar tayar menjadi lebih cepat. Sebelum berpisah masing2 saling berpesan supaya berhati2. Yeah...dah boleh continue perjalanan balik ke umah.

Khamis, hari sebelumnya, aku duk amik cuti. Hari konokesyen di UITM. Along ditabalkan sebagai salah seorang penerima Ijazah (Master) dalam jurusan Kejuruteraan Awam. Congrates to my lovely Along.

My lovely Along, congratulation...!!!

Maisyuwah nak yang warna purple...okeylah tu..memang tema purple pun Mama Maisyuwah hari tuh.



Tu dia bunga yang dipilih oleh Maisyuwah. Teringat lak zaman konvo kat UUM dulu. Hari pertama Konvo nih DYMM Agong kita yang mencemar duli menyampaikan anugerah2 buat semua yang berjaya. Tahniah to all. Dan ingatkan dapatlah tengok DYMM Agong dari dekat, tapi al maklum diri yang sedia rendah ni terhalang dek ribuan orang ramai yang berpusu2 pun nak tengok DYMM Agong kita ni dari dekat.

Citer konvo dah selesai, lusanya pulak majlis kesyukuran sempena hari lahir Deq Jah dan Aqil. Kelakau plak Aqil yang duk tersipu2 bila orang ambil gambar sampai terjatuh dari kerusi...hehehehe... cramp kut sebab ramai ngat orang duk kerumun dia. ;>

Angah's family

Kek dengan ucapan selamat hari lahir buat anak2 tercinta dari Ibu(kakngah) n ayah (angah).

Aqil yang pemalu...auwh....
Tu dia Aqil yang pemalu. Deq Jah mana????? Selamat Ulang tahun Aqil dan Deq Jah. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin. Insyaallah.


2 comments:

Anonymous said...

hahahaha gambar ku konvo.......tqtqtqtqtq

RedRoza said...

banyak lagi gambar...erm ti lah saya upload kat FB jer...