We need a place, we need some space

Suka tak?

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all... :>

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Makin Hari Makin Sayang

Smile....... erm...sampai ke telinga senyum nyer...camtulah baru berseri...tambah berseri lagi kalau selalu duk singgah2 kat halaman saye ni...jemputlah ye jenguk2 perkabaran saye tp xde la smpi hidang kuih jemput2...



Monday 26 December 2011

Tau ke? Ape? Yakjuj Makjuj....

As Salam semua....dan salam sejahtera

Nak citer pe plak nih ye.Macam-macam lah Red nih...
Sebeno nyer Red dah lama nak tau apakah atau siapakah atau bagaimanakah yang dikatakan Yakjuj dan Makjuj ni. Tentu pernah dengar atau baca kan. 

Firman Allah di dalam Al-Quran seperti yang berikut,

Basmallah...

'Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi)'. (al-Kahfi: 92)

'Hingga apabila dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan*'. (al-Kahfi: 93)

* maksudnya: mereka tidak dapat memahami bahasa orang lain kerana bahasa mereka amat jauh bezanya dari bahasa yang lain dan mereka pun tidak dapat menerangkan maksud mereka dengan jelas kerana kekurangan kecerdasan mereka.

' Mereka berkata, ''Wahai Zulqarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj** itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding di antara kami dan mereka?'' (al-Kahfi: 94)

**maksudnya: Yakjuj dan Makjuj ialah dua bangsa yang membuat kerosakan di muka bumi, seperti yang telah dilakukan oleh bangsa Tartar dan Mongol.

Baru-baru ni Red pergi MPH untuk mencari novel terbaru RAM, Fiksyen 302. Red dah nampak novel tu tapi sebelum sampai ke rak novel nih Red terpandang satu port tu ada susunan buku-buku berjudul Yakjuj & Makjuj 5 Gelombang Pembawa Bencana tulisan Muhammad Alexander. 


 
Memandangkan Red terpaksa membuat pilihan, jadi Red ambil buku tentang Yakjuj Makjuj ni. Red tahu Red tetap suupport RAM juga nanti, tapi buku pasal Yakjuj dan Makjuj ni bukan senang Red nak dapat.

Buku ni setebal 749 muka surat tapi Red baru baca muka surat yang ke 127. Setakat ni, apa yang Red baca, penulis mencari sebanyak mungkin maklumat susur galur asal nya Yakjuj Makjuj ini. Penulis membuat perbandingan dan menganalisa sumber-sumber yang diperolehi tentang sifat-sifat Yakjuj dan Makjuj selain asal usul mereka. 

Red rasa teruja nak mengetahui sejarah seterusnya. Red juga nak kongsi sedikit, dalam buku ini ada menyatakan bahawa ada kemungkinan Yakjuj dan Makjuj ini adalah berasal daripada salah satu keturunan zuriat Nabi Nuh a.s. iaitu keturunan yang terselamat selepas banjir besar berlaku.

Apa lagi ye???? nak tau??? Jom sama-sama membaca. Insyaallah, andai ada peluang dan diizinkan Allah, Red akan cuba kongsikan pembacaan Red ni lagi.

Jumpa lagi ye...Wassalam.

No comments: