We need a place, we need some space

Suka tak?

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all... :>

Sayang Red selalu ye...Terima Red seadanya...thanks u all

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Masa berlalu menjadi kenangan, Masa depan menjadi impian, Masa kini di genggaman tangan. Hargailah.

Makin Hari Makin Sayang

Smile....... erm...sampai ke telinga senyum nyer...camtulah baru berseri...tambah berseri lagi kalau selalu duk singgah2 kat halaman saye ni...jemputlah ye jenguk2 perkabaran saye tp xde la smpi hidang kuih jemput2...



Saturday 31 December 2011

Tau ke? Ape? Yakjuj Makjuj....siri 1

As Salam semua....

Aik..de lagi entry baru....tengah tamak nak wat entry nih...kih kih kih...(gelak jahat)
Alah...bagi lah chance kat Red. Esok kan dah tahun baru...nih tengah berazam kuat untuk aktif ber'blogging' nih.

Red nak sambung citer pasal Yakjuj dan Makjuj ni...

Yakjuj dan Makjuj lagik...yelah...kan Red dah janji dalam entry sebelum ni nak share info yang Red dapat dari buku yang Red baca nih.

Owh..ada yang tak baca lagi entry sebelum nih...hah klik je link kat bawah nih...

 


Hari ni Red nak share. Dari buku tulisan Muhammad Alexander, Yakjuj & Makjuj: 5 Gelombang Pembawa Bencana ni, beliau membuat eksplorasi kewujudan Yakjuj & Makuj dari sudut bahasa. Apo bondo eh nih...tak faham achik do..

Macam nih...pada entry sebelum nih, Yakjuj & Makjuj dikesan sebagai pewaris salah seorang keturunan anak Nabi Nuh yang bernama Yafits atau juga disebut Yapeths atau Japeths. Terdapat dalam salasilah keturunan mereka yang bernama Magog selain daripada Gomer, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh dan Tiras (memetik sebahagian dari buku yang tersebut dia atas).

Dari sudut bahasa pula perkataan Yakjuj & Makjuj ini setelah dikaji dinyatakan mempunyai besar kemungkinan berasal dari bahasa yang digunakan oleh bangsa Eropah dan Jerman.

Dari sudut bahasa juga, Yakjuj dan Makjuj turut berkait rapat dengan negara Rusia yang asal usulnya adalah sama iaitu keturunan anak Nabi Nuh iaitu Yafits.


Di dalam buku ini turut dikongsikan kewujudan dua patung Gog dan Magog (yang membawa maksud Yakjuj dan Makjuj masing-masing) yang terletak dihadapan Bangunan Dewan Perwakilan Rakyat, London yang menguatkan lagi perkaitan bangsa-bangsa Eropah dengan Yakjuj dan Makjuj.



Dan kisah Yakjuj dan Makjuj ini ada juga dikaitkan dengan Zulqarnain. Dalam al-Quran, Firman Allah yang bermaksud,

''(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". (Surah Al-Kahfi : 98)

Di dalam buku ini, penulis ada menyatakan kemungkinan perkaitan tembok yang disebut adalah tembok besar China. Dinyatakan, negara China adalah antara tempat dan kawasan yang menjadi serangan Yakjuj dan Makjuj beberapa ribu tahun yang lampau.Wallahua'lam.

Red rasa setakat ini sahaja entry kali ni. Akan bersambung perkongsian dari pembacaan Red tentang Yakjuj dan Makjuj ni ye. 

Till then...Red berdoa mudah-mudahan kita semua dalam peliharaan Allah selalu.

Wassalam.

2 comments:

mujagirl92 said...

salam kak,, kat fibox boleh masukkan link,, t kak masukkan link k,, seng sikit,,, kalau beli kasut,, muja pun lagi suka try dulu,, hehe,, ape kata akak wat pop-up window untuk comments,, senang skit nak comment,, gi je kat link kat bawah ni k,, happy blogging,, muja follow :D

http://mujadafewa.blogspot.com/p/tips-beriklan.html

RedRoza said...

wassalam muja..masukkan link kat fibox? cmne tuh? pop-up windows utk comment?....menarik tuh.
sungguh le banyak kena belajar nih.